Thursday, January 13, 2011

Nota Komputer

Nama komputer diambil dari perkataan 'compute' yang membawa makna melakukan pengiraan.  Peralatan yang melakukan tiga perkara iaitu menerima arahan input, memproses maklumat (mengira) dan mengeluarkan data output akan dipanggil 'computer'.


 

Peranti (device) input terdiri daripada papan kekunci dan tetikus di mana arahan dan maklumat dimasukkan.  Pergerakan kursor (cursor) di skrin oleh tetikus dan menaip sesuatu di papan kekunci dianggap sebagai arahan pada komputer.  Pengimbas dan cam video termasuk dalam gulungan peranti input.  Unit Sistem paling asas terdiri dari prosesor, RAM, papan induk dan kad VGA akan memproses data dan menyimpan di piring storan serta keluar output di monitor.  Apa-apa sahaja yang dipaparkan di skrin monitor walaupun cuma berbentuk prom C akan di sebut sebagai output. Sekiranya ingin salinan cetak, maklumat boleh pula dikeluarkan di mesin pencetak.



Perkakasan dan Perisian


Bila bercakap mengenai komputer, topiknya tidak akan kunjung padam, ada saja yang boleh diperkatakan.  Walau bagaimanapun ia terhad kepada dua kumpulan terbesar yang bersaing hebat sejak akhir-akhir ini.  Dua kumpulan itu terdiri dari Komputer Peribadi (Personal Computer) dan Komputer Apple (Apple Computer).  Kedua-dua jenis komputer ini menggunakan perkakasan dan perisian yang berbeza. 
                                                    
Sebuah komputer itu dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu perkakasan (Hardware) dan perisian (Software).  Perkakasan komputer terdiri dari papan kekunci, tetikus, monitor, papan induk, RAM, kad video, kad bunyi dan sebagainya.  Perisian pula adalah program yang disimpan di dalam cakera keras dan cakera liut untuk digunakan bagi melaksanakan berbagai­bagai tugas.  Contoh perisian untuk komputer peribadi (PC) seperti program Win95, Win98, WinNT, WinMe, Win2000, WinXP, Microsoft Office dan sebagainya.  Salah satu program sistem operasi percuma yang mula diiktiraf ialah program Linux. 

Pemasangan program berkenaan memerlukan sedikit kemahiran dan driver menyokong perkakasan agak terhad.  Namun peningkatan sokongan program tersebut dari segi perisian dan driver perkakasan bertambah dari hari ke hari.  Contoh program Linux yang terkenal seperti dari syarikat Redhat, Mandrake dan banyak lagi.

Pengguna rumah boleh memilih perisian yang sesuai mengikut citarasa dan kerja-kerja yang hendak dilakukan.  Windows 95 atau singkatan Win95, Win98, WinMe dan WinXP lebih dititikberatkan kepada pengguna rumah mana kala WinNT dan Win2000 lebih sesuai untuk pejabat.




Komputer Berjenama dan klon


Apa itu klon?

Kion (clone) bererti sesuatu yang menyerupai yang asal atau cuba meniru sehingga menjadi serupa.  Berjenama bererti sesuatu yang memakai nama khas dan menjadi popular.

Berjenama dan klon...

Komputer bejenama atau klon sebenarnya sama dari segi operasi.  Perkakasan klon bagi komputer dibuat oleh berbagai-bagai syarikat komputer seluruh dunia, terutama di Asia.  Bagi komputer yang bejenama pula, perkakasan dibuat oleh syarikat gergasi seperti Compaq, NEC, Acer, Dell dan lain-lain lagi.

Kebanyakan syarikat-syarikat komputer berjenama ini membuat pelbagai perkakasan untuk sebuah komputernya.  Ini bererti, cuma perkakasannya saja boleh digunakan sekiranya ada kerosakan.  Cara ini bagi mengelakkan dari perkakasan yang tidak serasi atau sesuai digunakan dan diberi jaminan oleh syarikat berkenaan.  Untuk memasang sebuah komputer klon, perkakasan dari mana-mana syarikat komputer yang membuat perkakasan klon boleh di ambil.  Sekiranya ada kerosakan pada komputer, perkakasan dapat ditukar dengan cepat dan mudah.

Pilihan di tangan anda

Apa yang dicari pada sebuah komputer atau perkakasan, tidak kira berjenama atau klon, seharusnya ada perkhidmatan selepas jualan dan laman web syarikat bagi tindak balas segera serta lapuran terkini.  Perkakasan klon juga tidak kurang laman web masing-masing untuk kepentingan pengguna agar membuat pilihan yang tepat.  Sebenarnya terpulang kepada citarasa masing-masing dalam membuat pilihan kerana setiap sesuatu itu ada baik dan buruknya.

Perkakasan klon terlalu banyak di luar sana, harus berhati-hati semasa memilih.  Seharusnya diikuti setiap penerangan berkenaan ICT selagi terdaya dan mendapat informasi 'feedback' masakini melalui media massa atau Internet.  Pemilihan komputer atau perkakasan harus berpandukan senarai model terkini kerana perubahan IT terlalu cepat dan harus diikuti setiap masa dan ketika.  Alpa saja seketika, kita akan ketinggalan jauh.


Langkah-Langkah Keselamatan

Langkah-langkah keselamatan perlu diambil memandangkan kerja-kerja yang akan dilakukan bersangkutan  dengan elektrik.  Tindakan yang betul harus diambil dan jangan beri ruang pada kesilapan.  Tindakan-tindakan itu seperti berikut:

Lapik getah (rubber mat) di tempat kerja atau pakai kasut getah (rubber boot) yang dapat menghindar dari kejutan elekrik.

Guna pena ujian (test pen) sekiranya perlu untuk menguji alat-alat elektrik setelah dipasang.

Awasi kad-kad litar dari kerosakan elektrostatik (static electricity). 
Peralatan Kerja (Tools)

Untuk permulaan pemasangan komputer, pemandu skru (screw driver) dan pena ujian sudah mencukupi.  Dapatkan peralatan tambahan bila perlu sahaja kerana dengan car-a itu setiap pembelian akan digunakan sepenuhnya.  Contoh peralatan tambahan seperti satu set komputer tool kit, multimeter (meter pelbagai guna), kanta pembesar, lampu suluh, peralatan pateri (soldering equipment) dan sebagainya.



Meja kerja (Work bench)

Meja tempat membuat keda-keda pemasangan dan penyelenggaraan harus mempunyai ciri-ciri keselesaan dan keselamatan.  Ukuran meja selebar 3 meter persegi atau sebesar meja makan 6 bangku sudah memadai. 

Meja untuk pemasangan dan penyelenggaraan komputer se arusnya mempunyai sekurang-kurang empat soket bekalan elektrik dekat dengannya.  Alas getah atau tikar getah dimestikan dan meliputi kawasan sebesar meia.  Meja yang hendak digunakan biarlah lebarnya lebih kurang satu meter erse i untuk keselesaan semasa bertugas.

























Amaran!!!

Komputer yang telah dibeli sebagai satu unit biasanya akan disealkan dengan kertas keselamatan tarikh dan logo kedai.  Sekiranya seal dirosakkan, ia akan membatalkan perjanjian waranti.  Dari itu elakkan dari membuka kotak komputer atau perkakasan yang telah di sealkan.  Sekiranya ada masalah dalam tempuh waranti, hantar komputer ke pembekal untuk diperbaiki.
Electrostatik

Untuk menjaga kad-kad seperti papan induk atau kad video dari mengalami kerosakan, sentuh dengan jari di bahagian komputer yang tidak disaluti cat. Kabel bekalan kuasa yang telah disambungkan ke punca AC (bekalan elektrik) akan menyalurkan kesan statik ke bumi.  Ini dilakukan sekali sahaja semasa hendak memulakan kerja pemasangan atau baik pulih.















Nota:

Electrostatic discharge (ESD) bermaksud pengaliran keluar statik elektriksiti (static electricity) dari sumber luar, umpama tangan manusia, ke kad litar elektronik yang boleh menyebabkan kerosakan.

Cara-cara Memegang Kad-kad Litar






















Cara memegang kad dengan betul harus dipraktikkan setiap masa bagi mengelakkan kad menjadi rosak.  Cara betul yang disyorkan seperti dalam rajah A. Jangan sesekali menyentuh bahagian litar (anak panah) atau terkena komponen yang tidak bersalut di atas papan litar seperti yang ditunjukkan dalam rajah B.


Sepatutnya penjagaan kad harus diambil kira dari mula perkakasan diterima dan membiarkan kad-kad di dalam bungkusan statik sehingga hendak digunakan.




Komputer Pandangan Depan























Set komputer klon pada rajah akan dipasang mengikut manual ini.  Berbagai-bagai jenis, perkakasan sama ada baru atau terpakai boleh didapati dan dipilih untuk memasang sebuah komputer idaman hati.

Setelah dikumpul perkakasan yang dikehendaki sedikit demi sedikit, sebuah komputer klon akan terbina berkat dari minat, keazaman, keberanian dan sedikit modal.  Pengetahuan boleh dilatih dan dipupuk sehingga diri dapat melakukan kerja-kerja pemasangan dengan konfiden.


Komputer Pandangan Belakang



























Pandangan dari belakang sebuah komputer kion yang akan dibina mengikut manual ini.  Semua sambungan perkakasan direka berbeza mengikut Perkakasan masing-masing.  Pemasangan perkakasan tidak akan tersilap dan ini satu berita baik kepada pengguna baru yang mula hendak bedinak­jinak dengan komputer.
























































































Perkenalan Perkakasan komputer

Perkakasan komputer boleh dibahagikan kepada 3 kumpulan.
  Komputer Sistem Asas
  Komputer Sistem Multimedia
  Komputer Internet Tersedia


1. Komputer Sistem Asas

Komputer Sistem Asas terdiri dari sebuah komputer yang mempunya perkakasan yang paling sedikit.  Biasanya digunakan untuk menulis rencan atau keda-keda mudah.  Sebagai panduan senarai perkakasan Sistem Asas seperti di bawah.

Papan induk (Motherboard): Hampir kesemua perkakasan akan diletak di atasnya.
Prosesor (Microprocessor atau CPU):        Memproses data untuk keseluruhan sistem.
Kotak komputer, bekalan kuasa dan kabel kuasa (Casing, power supply dan power cable): Bekalan kuasa untuk sistem boleh berfungsi.
Ingatan capaian rawak (RAM): Memori sementara yang penting.
Cakera keras serta kabel reben 40 pin (HDD): Storan untuk sistem operasi dan aplikasi.
Pemacu cakera liut atau pemacu layut serta kabel reben 34 pin (FDD): Membaca dan menulis data ke disket 1.4MB.
Kad Video (Video card): Untuk memproses dan menghantar data video ke skrin.
Monitor: Paparan untuk dilihat aktiviti komputer.
Papan kekunci (Keyboard): Peranti input yang penting.
Tetikus (Mouse): Peranti input kedua yang penting.


CPU - Central Processing Unit
HDD - Harddisk drive
FDD - Floppy Disk drive
RAM - Random Access Memory



2. Komputer Sistem Multimedia

Komputer Sistem Multimedia terdiri dari sebuah sistem yang mempunyai bunyi dan boleh memainkan video cakera padat (VCD), Cakera padat (CD) serta berkaraoke.  Senarai perkakasan sistem multimedia yang dicampurkan dengan perkakasan sistem asas seperti di bawah.    

Kad bunyi (Sound card) : Menghantar data audio ke pembesar suara.
Pemacu CD-ROM (CD-ROM drive) : Membaca data dari CD, VCD dan CD­ROM.
Mikrofon (Microphone) : Tujuannya untuk berkaraoke dan sembang dalam talian.
Pembesar suara (Speaker) : Mengeluarkan bunyi atau suara dari sumber kad audio.




3.  Komputer Internet Tersedia

Komputer yang disediakan modem (Internet Ready) untuk melayari Internet.  Senarai perkakasan sistem Internet, tambahan kepada sistem asas seperti di bawah.

  Modem luar atau dalam:Perkakasan untuk disambungkan ke ISP dan melayari Internet.
  Akaun Tmnet atau laring: Akaun untuk mendapatkan hak melayari Internet.
  Satu talian telefon untuk sambungan: Satu media yang membantu menyambungkan komputer dengan ISP.




Papan Induk (Mother Board)

Papan induk boleh dianggap sebagai salah satu perkakasan yang sangat penting dalam sesebuah komputer.  Pemilihannya bergantung kepada tugasan yang hendak dibuat dan kemampuan upgrade.  Di atas papan induk akan diletakkan pelbagai perkakasan seperti CPU, RAM, kad-kad tambahan dan sebagainya.  Ini bererti, semasa membeli papan induk, buatlah pemilihan yang bijak kerana perkakasan boleh ditambah tanpa perlu menukarkan papan induk.  Ada berbagai-bagai jenis papan induk mengikut prosesor yang hendak digunakan.

Papan induk datang dalam bentuk AT dan ATX.  Papan induk AT telah berada di pasaran sejak sekian lama.  Papan induk ATX memasukkan komponen seperti Port COM1, COM2, LPT1, USB dan PS/2 di atasnya tidak seperti papan induk AT.  Dengan sendirinya, papan induk ATX memeriukan kotak komputer jenis ATX dan bekalan kuasa jenis ATX juga.


Komponen-komponen papan induk

Papan induk mempunyai pelbagai komponen di atasnya dan berbeza dari sebuah ke sebuah mengikut jenis CPU yang hendak digunakan.  Komponen-komponen yang dimaksudkan seperti di bawah,

BIOS akronim bagi sistem input-output asas (basic input-output system), akan beroperasi dengan sistem mengenai maklumat perkakasan komputer semasa startup. la menyokong pemindahan data antara peranti-peranti perkakasan.  Kebanyakan BIOS di papan induk kini sudah Julus pepijat Y2K yang menjadi masalah besar semasa menjelang tahun 2000 dahulu.  Apa yang sebenarnya berlaku, pada masa mula-mula komputer dibina, storan terlalu kecil dan penjimatan ruangan menjadi kritikal.  Untuk menyelamatkan keadaan, tahun diberi dua angka sahaja dan apabila tiba tahun 2000, sistem akan beranggapan tahun berbalik kepada 1900. Kekeliruan ini disebut sebagai pepijat Y2K dan dibetulkan dengan menukar perisian atau perkakasan Y2K serasi.

Cache Aras 2 (L2 Cache) di papan induk sebenarnya sejenis RAM statik (static) bagi tujuan mempercepatkan operasi komputer. Lagi banyak cache lagi baik dan biasanya papan induk kini dibekalkan sebanyak 512 KB atau lebih.

Cipset adalah litar-litar bersepadu dalam satu unit untuk melakukan beberapa tugasan biasa.  Dalam papan induk, tugas cipset bagi menentukan berbagai-bagai perkara penting seperti kelajuan sistem bas, jenis PAM atau memori yang boleh digunakan, jenis CPU dan lain­lain lagi.  Satu papan induk dengan yang lain amat berbeza bergantung kepada kemampuan dan kecanggihan sesuatu cipset itu.  Sesetengah pengeluar meningkatkan taraf kemampuan cipset dan papan induk yang sama sudah boleh melakukan perkara-perkara yang lebih baik dari sebelumnya.

Jenis jumper perlu juga diambil perhatian.  Ada papan induk menggunakan jumper fizikal dan sesetengahnya jenis suis.  Jumper jenis ketiga pula menggunakan CMOS setup untuk setkan jumper secara perisian.  Kebanyakan papan induk kini juga ada kombinasi CMOS setup dan jumper flzikal atau jumper dan suis.

Slot RAM bagi SIMM dan DIMM seharusnya mencukupi untuk tugasan.  Slot SIMM mempunyai 72 pin dan DIMM pula 168 pin. Slot RAM di papan induk kini kebanyakannya jenis DIMM.  Pemilihan RAM harus sesuai dengan papan induk agar kedua-duanya beroperasi dengan baik.

Komponen slot tambahan ISA, PCI dan AGP sangat penting juga diberi perhatian, terutama slot PCI yang kini banyak perkakasan jenis slot tersebut.  Slot tambahan AGP pula untuk kad grafik yang lebih baik dari segi prestasi dan resolusi.

Slot FDD dan HDD adalah untuk pemacu cakera liut dan cakera keras.  Satu slot FDD boleh menampung dua pemacu cakera liut dan empat penyambung IDE0 dan cakera keras untuk IDE0 dan IDE1.  Ada kalanya sesetengah pengeluar IDE1 dinarnakan IDE1 dan IDE2 mengikut perkakasan.

Penyambung bekalan kuasa AT dan ATX kadang-kadang dibekalkan dalam satu papan induk, biasanya terdapat pada papan induk jenis lama.  Kebanyakan papan induk kini dibekalkan dengan penyambung ATX saja memandangkan keperluan voltan 3V untuk litar-litar tertentu dalam papan induk ATX berkenaan.

Penyambung USB seharusnya dibekalkan untuk semua papar induk kerana perkakasan jenis USB kini kian banyak.  USB 1.1 memindahkan data antara perkakasan jenis USB dengan komputer pada tahap 12 mbps iaitu 12 megabit sesaat.  Keluaran terbaru USB 2.0 bcleh menghantar data sepantas 480 mbps.

Komponen pengkalan (port) COM1, COM2 dan penyambung papan kekunci bersiri digunakan untuk disambungkan ke tetikus bersiri, modem luar dan papan kekunci bersiri mengikut susuran.  Port LPT1 (Line printer terminal) pula untuk perkakasan seperti pencetak, pengimbas, kamera video dan sebagainya.

PS/2 bererti 'personal system', penyambung yang digunakan kebanyakan komputer berjenama.  Perkakasan seperti tetikus dan papan kekunci kerap menggunakan kemudahan ini.

CMOS bermaksud complementary metal-oxide semiconductor untuk menyimpan maklumat perkakasan seperti jenis storan, jumlah RAM serta waktu dan tarikh.  Untuk mengubah senarai perkakasan dalam menu CMOS, tekan kekunci Del berulang kali semasa komputer sedang dimulakan.


Bateri Komputer

Tugas bateri CMOS untuk memberi kuasa kepada cip CMOS menyimpan maklumat perkakasan semasa komputer tidak beroperasi.  Ada 3 jenis bateri yang biasanya terdapat di atas papan induk seperti di bawah,

Bateri Lithium Ion kelihatan seperti sekeping wang siling 10 sen, paling banyak sekali di papan induk kini.  Untuk menukarkannya amat mudah sekali.

NVRAM (cip kombinasi bateri) berukuran panjang 2cm, lebar 1.5cm dan tinggi 0.5cm, dipateri ke papan induk dan sesetengahnya bersoket.  Yang bersoket, cip bateri boleh dicungkil keluar dan diganti.  Jarang sekali dilihat bateri jenis ini sekarang, mungkin sudah pupus.

Bateri Ni-Cad sangat popular satu ketika dulu. la dilekatkan pada papan induk 286, 386 atau 486 dan sudah tidak dikeluarkan lagi.  Bateri jenis ini juga dipateri dan sangat sukar untuk dikeluarkan.  Setelah semua perkakasan dibuka termasuk papan induk dari kotak komputer, baru bateri dapat dikeluarkan dengan bantuan peralatan pateri,


Bateri yang terdapat di atas papan induk kini dari jenis LITHIUM 3V, menyerupai siling 20 sen seperti dalam rajah sebelah. Tujuan bateri tersebut untuk memberi kuasa kepada cip CMOS bagi menyimpan maklumat komputer semasa tidak beroperasi.  Jangka hayat bateri dari tiga hingga lima tahun dan sekiranya rosak atau lemah, komputer akan memberi isyarat semasa setiap kali komputer hendak dihidupkan.

























Teknik penjagaan komputer (FULL TEKNIK)

Sesebuah komputer hendaklah dijaga dengan rapi pada perkakasan ( Hardware) dan
perisian (Software ) bagi memastikan ianya sentiasa berada di dalam keadaan baik dan boleh digunakan pada bila-bila masa sahaja diperlukan. Untuk tujuan ini pemeriksaan hendaklah dibuat selalu sekurang-kurangnya 1 tahun sekali (servis).

Tujuan pemeriksaan ialah;
(1) Untuk memanjangkan jangka hayat komputer.
(2) Memastikan komputer sentiasa dalam keadaan baik.
(3) Memastikan hard disk komputer anda tidak dimasuki VIRUS.


Teknik menjaga komputer ini merangkumi beberapa topik utama yang perlu menjadi perhatian. Topik pertama adalah mengenai masalah habuk. Selepas itu kita akan berbincang pula mengenai kesan suhu ke atas komputer, masalah virus, cara penggunaan dan akhir sekali kita akan membincangkan serba sedikit mengenai cara penyelenggaraan komputer anda dengan betul. Di harapkan artikel ini akan dapat memantu semua orang dalam teknik penjagaan komputer yang berkesan.

MASALAH HABUK


komputer kotorMusuh yang paling utama bagi komputer ini adalah habuk. Habuk ini sentiasa berada disekeliling kita, Ianya berbentuk partikel-partikel halus yang terapung-apung di udara. Setiap komponen elektronik yang terdapat pada PC amat sensitif pada habuk. Habuk ini terdapat berbagai jenis dan termasuklah asap rokok. Partikel-partikel asap boleh mengakibatkan jangkahayat komputer akan kurang Jenis-jenis habuk yang lain pula termasuklah habuk dari udara dan habuk dari serangga-serangga yang masuk ke dalam komputer kita.

Cara untuk menghilangkan habuk senang sahaja. Cara pencegahan, kita perlu tutup komputer kita jika tidak di gunakan dengan plastik komputer. Cara rawatan pulak, gunakanlah vacum cleaner yang berkuasa rendah dan berus cat yang kering untuk menyedut habuk-habuk yang terdapat pada PC anda (jangan gunakan yang berkuasa kuat kerana ia boleh merosakkan komponen-komponen komputer tersebut).

MASALAH SUHU


Letakkan komputer anda di kawasan yang sejuk. Tempat sejuk yang dimaksudkan disini adalah kering. Sekiranya lembab, ia boleh merosakkan komponen di dalam komputer. Suhu memang menjadi penentu utama dalam menentukan jangkahayat sesebuah komputer tersebut. berhati-hati dengan air dan kelembapan! Air mungkin akan menjadi punca kemalangan yang tidak di ingini. Komputer yang terkena air bukan sahaja boleh rosak, tetapi akan mengakibatkan bahaya kepada penggunaannya. AWAS! Jaga-jaga sebelum terkena.

Cara untuk mengatasi masalah ini ialah dengan meletakkan komputer anda jauh dari pancaran matahari.


MASALAH VIRUS

virusIni merupakan masalah menjadi perbualan yang hangat di internet. Masalah virus sebenarnya berpunca dari sikap semulajadi manusia yang akhirnya mengalami kerugian pun manusia juga. Virus amat mudah merebak melalui internet terutamanya melalui email-email anda. Awas semasa membuka email dari sumber-sumber yang tidak di kenalpasti keselamatannya. Virus juga mudah merebak melalui perkongsian disket dan penggunaan software pirate! Virus akan menyebabkan perjalanan PC anda akan terganggu atau mengalami kerosakan.

Apa yang boleh anda lakukan untuk mencegah komputer anda dari di jangkiti virus adalah dengan mendapatkan perisian antivirus terkini dan senantiasa updatekan perisian anda antivirus anda dengan definasi virus-virus terkini (biasanya update melalui internet). Terdapat banyak jenama perisaian antivirus yang terkenal dan boleh di harapkan (reliable). Di antaranya ialah Norton Anti Virus, PC-Cilin antivirus, Mc AFee antivirus dan Innoculan antivirus. Anda di syorkan untuk updatekan definasi virus terkini dari internet sekurang-kurangnya 2 minggu sekali. Beringat sebelum komputer anda terkena virus... Mencegah lebih baik dari merawati.


MASALAH CARA PENGGUNAAN

Penggunaan PC bergantung kepada sikap. Terdapat beberapa komponen komputer yang mempunyai jangkahayat yang rendah. Komponen-komponen ini terdiri daripada keyboard dan mouse. Keyboard dan mouse mudah rosak dan perlu di gantikan bila perlu. Cuba dapatkan keyboad atau mouse yang perlu di gantikan pada harga yang mahal sedikit kerana keyboard dan mouse jenis ini lebih tahan lama dan selesa untuk di gunakan.

Jangan buka dan tutup komputer anda sesuka hati. Gunakan cara menutup komputer anda dengan betul dengan menekan menu START - SHUT DOWN - OK! (Sekiranya anda ingin meninggalkan komputer anda buat seketika, anda di syorkan untuk menggunakan menu STANDBY)

MAINTANENCE


pcmaintPerkara yang terakhir yang nak dibangkitkan di sini ialah maintenance

Tujuan maintenance nie adalah untuk menjadikan komputer anda lebih senang dan mudah digunakan. Maintenance dibahagikan kepada 2. Yang pertama adalah secara hardware dan yang kedua ialah software. Bagi hardware, alatan yang perlu ada ialah skru-driver atau pemutar skru jenis +... Solution pembersih (mild detergent), Vakum cleaner, CD Cleaner, Floopy drive cleaner, kain buruk yang lembut serta tidak berbulu. fungsinya seperti dibawah:

-Skru driver jenis + - Gunanya untuk membukak PC kita nanti untuk di maintainkan.

-Solution pembersih - Gunakan untuk mencuci casing, monitor, keyboard, mouse, scanner dan apa sahaja yang berpermukaan daripada habuk

-Vakum cleaner dan berus kering - sedut habuk yang terdapat di dalam komputer dan bilik anda.

Bila sudah siap maintenance bahagian hardware, kita kenalah jalankan operasi untuk maintenance bahagian software pula. Mula-mula sila delete (padamkan) fail yang tak perlu. Fail-fail yang tak perlu ini termasuklah fail-fail yang berakhir dengan .chk , fail-fail log, fail-fail yang di gunakan sementara (fail-fail temporary).

Deletekan juga cookies atau history - kalau rasa perlu (di dalam browser internet explorer atau netscape navigator) dan buang program yang tidak di gunakan lagi (uninstall). Cara untuk uninstall ini hendaklah menggunakan step yang betul. Sekiranya program tu ada mempunyai menu uninstall nya sendiri, itu tidak menjadi masalah. tetapi sekiranya tiada menu uninstall, kenalah klik menu START - SETTINGS - CONTROL PENAL dan cari menu ADD/REMOVE PROGRAMS. Klik program yang ingin di buang dan tekan butang Add/Remove.

Yang terakhir sekali ialah jalankan scandisk dan defragmentation.

Tuesday, January 11, 2011

Kilaukan kereta anda

Hello. Bertemu kembali dalam KERETAKU.



______________________________________________________________________________
Cara mengekalkan kilauan kereta


Kesan pancaran matahari, hujan, lecah, embun dan pencemaran alam sekitar adalah faktor semula jadi
yang menyebabkan kereta anda kotor dan tidak berseri.

Tetapi, bagi mereka yang mengambil berat terhadap kereta dan rajin membasuh sendiri, warna kereta anda akan sentiasa menawan, walaupun sudah berusia lima hingga 10 tahun. Malah, usaha anda pasti tidak sia-sia kerana kereta yang sentiasa bersih dan berkilat mempunyai nilai pasaran tinggi apabila dijual semula.

Sesetengah pemilik kereta memang malas atau tidak ada masa untuk membasuh kereta. Mereka
sanggup mengeluarkan wang RM5 hingga RM10 sebagai upah mencuci keretanya. Bagaimanapun, jika
basuh sendiri, selain berpuas hati, kerja itu adalah satu senaman.

Sebenarnya, tiada rahsia atau alat tertentu yang boleh menghindari cat kereta daripada cepat pudar dan luntur. Ia berkaitan dengan kepekaan anda, sama seperti anda menjaga kesihatan tubuh badan. Yang penting ialah mencuci kereta dengan kerap kerana ia boleh menghindarkan kesan pencemaran, sekali gus mengelakkan badan kereta daripada terlekat habuk, terutama yang boleh menyebabkan karat.

Pada dasarnya, kereta hendaklah dicuci sekali dalam masa dua atau tiga minggu. Apabila mencuci
kereta, bahan cucian yang digunakan juga perlu dipilih dengan berhati-hati.

Pemilihan bahan pencuci yang tidak tepat boleh menyebabkan risiko karat kepada kereta.
Anda dinasihatkan supaya jangan sekali-kali menggunakan sabun atau serbuk pencuci pakaian untuk
mencuci kereta kerana bahan pencuci itu mengandungi garam yang boleh menyebabkan karat.
Untuk
memudahkan cucian, gunakanlah kain lembut atau span. Anda perlu menyiram kenderaan dengan air
yang banyak bagi menghilangkan buih sebelum dikeringkan dengan kain bersih.

Selain menggunakan sabun, ada pemilik kereta yang menggunakan bahan pengilat selepas mencuci
untuk menjadikan cat kereta lebih berkilat. Bahan pengilat mampu menghapuskan kekotoran yang
melekat pada badan kereta. Bagaimana pun, anda perlu memilih bahan pengilat yang sesuai dengan
kereta anda, sama ada menggunakan cat biasa atau metalik. Teknik mengilat kereta juga harus
dipelajari bagi memastikan penggunaan bahan itu selaras dengan harganya.
Pastikan bahan pengilat
diletakkan pada kain bersih. Selepas itu gosokkan secara sama rata pada permukaan kereta. Sebaik-
baiknya anda melakukan gosokan dengan gerakan bulatan. Anda perlu menunggu beberapa minit
sehingga bahan pengilat yang melekat pada bahagian yang disapukan itu bertukar warna keputihan
sebelum ia digosok untuk kali kedua.

Panduan paling penting ialah jangan sekali-kali menggunakan bahan pengilat di bawah pancaran
matahari terik kerana ia menimbulkan hasil yang kurang memuaskan. Tidak dapat dinafikan ramai
pengguna tertipu membeli bahan pengilat dan syampu pencuci yang berkualiti rendah.
Bahan yang
bermutu rendah mempunyai kesan sampingan seperti merosakkan warna serta menyebabkan
permukaan bercalar.

Selalunya, pemilik kereta hanya menumpukan perhatian terhadap penjagaan bahagian luaran kereta.
Mereka sering kali meninggalkan bahagian dalam kereta yang turut mencerminkan kebersihan sesebuah
kereta.

Beberapa bahagian dalam terutama besi atau bingkai tingkap, tepi lantai dan rangka pintu, turut
mempunyai bahagian yang bercat. Bahagian ini juga perlu dibersihkan kerana sesiku pada tetingkat dan
tepi pintu selalunya menjadi perangkap air dan habuk. Jika anda membiarkannya, lama kelamaan ia
boleh meninggalkan kesan karat yang teruk.
Pembersihan optimum pastinya merangkumi seluruh
komponen dalaman dan luaran kereta, termasuk enjin.
Bagaimanapun, anda dinasihatkan supaya
sentiasa berhati-hati jika mahu membersihkan bahagian enjin kerana cukup sensitif dengan air terutama
akibat pancutan air yang kuat.