Sunday, February 13, 2011

KARAT PADA KERETA

Hello semua...!


 Bertemu lagi kita dalam segmen kereta. Saya Andik, ingin kongsikan sedikit pengalaman saya tentang karat pada kereta.


   Karat selalu berlaku pada kereta lama. Namun, karat juga boleh berlaku pada kereta baru jika badan kereta itu tidak di jaga dengan sebaik-baiknya. Ok, bagaimana karat boleh terjadi ?

   Karat ini terjadi kerana besi pada kereta tersebut tidak berkualiti. Ataupun berkualiti rendah. yang kedua, karat ini berlaku disebabkan kita kurang memelihara kereta. faktornya adalah,bila kereta kotor atau berhabuk, kita tak bersihkannya untuk tempoh yang lama. Yang ketiga, di sebabkan oleh cat. Mungkin cat berkualiti rendah. atau serbuk pengilat itu tak berapa bagus. Di sini saya ingin menerangkan 2 jenis cat kereta.

 Pertama > cat biasa

 kedua > cat metalic (berkilat,shine)


 CARA PENYELESAIAN :

 Kereta yang mengalami penyakit sebegini perlu di rawat dengan betul. Supaya karat itu tidak berulang lagi. Kalau badan kereta tu karatnya berlobang, jangan tampal sahaja. tak berguna. Hantar ke kedai cat kereta, mereka akan potong bahagian-bahagian yang berkarat. potong 4 segi. Kemudian,diorang akan tampalkan dengan besi yang berkualiti dan seterusnya welding besi tersebut. Selepas tu, diorang kena kikis kesan welding itu hingga licin. baru tampal dan cat... INSYAALLAH karat tu akan hilang. AMIN.....

Banyak perkara yang patut di buat untuk penyakit ini. Dan anda terpaksalah keluarkan duit yang banyak untuk merawat kereta ini.

 Sampai sini sajalah topik untuk hari ini. Kita berjumpa lagi di topik yang seterusnya.
INGAT, jaga kereta anda dengan sebaik-baiknya.

Thursday, January 13, 2011

TIPS MEMBELI SPARE PARTS

Tips membeli spare part
Untuk pengetahuan semua, sekarang ni di pasaran terdapat sekurang-kurangnya lima grade spare part.

1. Spare part original daripada negara pengeluar seperti Jepun dan UK. Biasanya harganya sangat
mahal dan hanya boleh didapati daripada pengedar yang sah. Barangan ini sangat berkualiti dan
terjamin ketahanannya. Biasanya penjual akan memberi jaminan terhadap barangan ini.

2. Spare part original tetapi dibuat di Malaysia dibawah lesen pengeluar. Harganya murah sedikit
berbanding dengan barangan '1' di atas. Kualiti terjamin dan biasanya diberi jaminan oleh penjual.

3. Spare part tiruan yang dibuat di Malaysia atau di negara lain yang mana harganya sangat murah
tetapi kualiti dan ketahanan barang tidak dapat ditentukan.

4. Spare part recon. yang di recon di Malaysia. Barangan ini sangat merbahaya kerana ia boleh
menyebabkan kerosakan yang teruk kepada injin kereta sekiranya kita menggunakannya. Harganya
seperti barangan '2' di atas dan perbezaan barangan sangat sukar dilihat.

5. Spare part secondhand (kedai potong). Barangan ini boleh dikatakan
100% original tetapi terpakai. Harganya boleh dikatakan separuh daripada harga barangan '1'. Kualiti
bergantung kepada jenis barangan dan kenderaan. Biasanya penjual akan memberikan jaminan yang
terhad untuk barangan ini.

Bagaimana nak mengenali barangan ini kesemua barangan ini. Saya akan menerangkan tentang
perbezaan barangan 1, 3 dan 4.

Kita ambil contoh, Timing belt. Timing belt original (1) jika kita pegang, kelembutan getah beltnya dapat
kita rasa, kekemasan barangan dapat kita lihat dari segi cetakan nombor part dan satu cara untuk
mengujinya, gunakan kuku tangan kita dan cuba kikis cetakan nombor part pada belt. Kalau boleh keluar
cetakan nombor itu maka ia adalah barang '3'. Tapi kalau kuku kita yang nak tertanggal, ia barangan '1' atau '2'. Selepas menggunakan barangan '3' selama 3 bulan atau lebih, biasanya kita akan mendengar bunyi seperti belt longgar dan biasanya mekanik akan cuba untuk adjust. untuk timing belt belum pernah saya jumpa barangan '4'.
Berhati-hati dengan penjualan minyak injin murah kerana minyak itu biasanya adalah minyak recycle atau recon. Bukan minyak saja, plag, absorber, klutch plate, brake pad, oil filter, air filter. Minyak injin biasanya akan melekit bergantung kepada kadar kelikatannya tetapi minyak recon kalau kita rasa kita akan dapati ianya kurang melekit dan berbau seperti benda terbakar.
Untuk absorber, cuba perhatikan dibahagian steel berkilat yang masuk ke dalam absorber. Kalau
absorber dah rosak atau oil sealnya dah bocor, minyak akan keluar melalui 4 lubang di sekeliling batang
absorber tersebut. Tapi absorber recon, lubang tu dah di tutup oleh skru atau bebenang untuk kegunaan
skru seperti absorber adjustable. Klutch plate pula kia dapat lihat perbezaan warna dan keusangan di
antara pepaku atau rebet yang digunakan untuk melekatkan pad klutch dengan pepaku/rebet asal. Plag
tidak dapat dikesan perbezaannya tetapi selepas menggunakannya pasti kita akan tahu kerana plag
recon, jangkahayatnya tidak lama.

Saya tidak dapat menerangkan dengan lebih lanjut kerana perbezaan antara barangan 1, 2, 3 dan 4
cuma boleh dilihat sekiranya terdapat dua barangan yang sama jenis tetapi berlainan kategori.

Sebelum mengundur diri, pesanan saya, pastikan sebelum membeli spare part, tanya penjual samada
barangan yang hendak dibeli adalah barangan
1, 2, 3 atau 4. Saya cadangankan beli barangan 1 atau 2 walaupun harganya mahal sedikit tetapi ianya
dapat menjimatkan kita dalam jangka panjang.

TIPS KERETA TENGGELAM BANJIR

Tips kereta tenggelam banjir
Saya ada beberapa tip untuk semua tentang tindakan selepas kereta anda tenggelam banjir (Semua
yang saya kongsikan di bawah adalah berdasarkan pengalaman saya sebagai mekanik dan pengalamna
kawan-kawan say yang diberitahu kepada saya)

1. Selepas banjir surut, periksa kereta anda. Sekiranya keseluruhan kereta anda tenggelam termasuk
injin dan bahagian dlm kabin kereta, JANGAN CUBA HIDUPKAN INJIN KERETA. Tindakan ini biasanya
akan dilakukan oleh ejen-ejen bengkel atau kereta penunda. Sebabnya supaya tuan punya kereta
terpaksa membayar lebih tinggi untuk membaiki kereta kerana apabila anda cuba menghidupkan injin
kereta, aliran elektrik akan mengalir ke dalam semua sistem elektronik injin termasuk kotak komputer

(untuk kereta suntikan elektronik) dan sekiranya masih terdapat saki baki air di dalam alat berkenaan,
akan berlaku litar pintas yang mana alat tersebut terpaksa di ganti. Kos untuk sebuah kotak komputer
adalah lebih kurang RM1000 -- RM1500 bergantung kepada jenis kereta, cc dan pilihan pengguna.
Tindakan di atas juga akan menyebabkan kesemua sensor yang biasanya akan beroperasi semasa kita
menyalakan suis injin kita terbakar dan biasanya satu sensor harganya tidak berapa mahal tetapi kesan
daripada sensor yang tidak berfungsi boleh menyebabkan kos yang tinggi. Kita ambil contoh, sensor
untuk mengesan atau untuk mengarah minyak kotak gear mengalir dengan baik di dalam kotak gear
apabila tidak berfungsi akan menyebabkan pengagihan minyak kotak gear tidak sekata dan paling lama
kotak gear tersebut boleh berfungsi dengan baik adalah 2 hingga 3 bulan. Selepas itu, keseluruhan kotak
gear terpaksa diganti (harga untuk kotak gear baru wira 1.6 auto adalah lebih kurang RM7000). Ini
adalah salah satu sebab kenapa apabila kita membeli kereta baru, waranti kereta akan termansuh
apabila kita mengubahsuai sistem elektirk kereta termasuk sistem audio kereta kerana apabila sensor
tidak menerima jumlah elektrik yang cukup, ia tidak dapat berfungsi dengan baik dan peralatan yang
berkaitan dengannya akan rosak.

2. Apabila sampai ke bengkel, bogelkan kereta anda keseluruhannya termasuk kesemua penutup alat
elektronik.

3. Periksa palam pencucuh kereta anda. Pastikan ianya tidak berair. Kalau berair maksudnya air telah
masuk ke dalam injin. Periksa juga minyak injin. Pastikan minyak injin tidak bercampur air. Dan tidak
terkecuali periksa minyak petrol. Selepas semua peralatan elektronik telah dipastikan kering sepenuhnya
(biasanya 2 atau 3 hari). Boleh dihidupkan injin tetapi jangan cuba jalankan kereta kerana kotak gear
belum diperiksa.

4. Sekiranya injin boleh dihidupkan, murahlah belanja jika tidak mungkin akan mencecah ribu-ribu.
Periksa minyak kotak gear, biasanya ia berwarna merah dan kalau bercampur air, warnanya akan
bertukar menjadi warna air bandung (merah susu). Jika bercampur air, tukar minyak gear, jalankan
kereta untuk 2-5 minit dan periksa kembali minyak gear. Ulang tindakan ini sehingga minyak kotak gear
menjadi betul-betul merah jernih atau tidak bercampur air. Biasanya proses ini perlu diulang sehingga 7-
8 kali dan akan menggunakan lebih kurang 15-20 liter minyak kotak gear.
Sekiranya tiada kerosakkan yang melibatkan peralatan elektronik, kos cuma akan melibatkan upah,
minyak injin, minyak kotak gear dan beberapa peralatan yang sensitif kepada air seperti penapis udara
(original).

PENJAGAAN GEARBOX

Tips penjagaan gearbox
Apabila kita membeli kereta baru, semua peralatan adalah baru termasuk gear box. Dan jika kita
perhatikan, ada dinyatakan apabila millage kereta kita mencecah 1,000 km, kita perlu hantar kereta
untuk service pertama. Service pertama adalah check up terakhir yang sepatutnya dibuat pada semua
kereta oleh pengeluar kereta. Perkara yang diperiksa pada service pertama termasuk menukar semua
jenis minyak pada kereta termasuk minyak gear box. Jangan abaikan service pertama ini kerana pada
masa ini minyak injin dan minyak gear box yang mengandungi lebihan besi atau habuk besi di dalam
injin akan dibuang bagi mengelakkan injin dan gear box terhakis.
Bagi yang membeli kereta secondhand, apa yang perlu dibuat, tukar minyak gear box sebaik sahaja
anda membeli kereta tersebut dan rekodkan bacaan millage kereta anda. Bagi auto, setiap 15,000 atau
20,000 km, tukar minyak gear box anda. Bagi manual, setiap 40,000 atau 50,000 km tukar minyak gear
box anda. Perkara ini sangat penting bagi menjamin gear box anda sentiasa bergerak lancar dan dalam
keadaan "normal operating temperature" sepanjang masa. Bagaimanapun millage yang perlu bagi
menukar minyak gear box bergantung kepada kereta dan jenis gear box
(ikut panduan dalam manual kereta). Saya cadangkan setiap dua kali tukar minyak gear box, masukkan
sedikit gear treatment. Setiap kali service kereta, minta mekanik memeriksa sekali paras minyak gear
box kereta anda. Pastikan ia berada melebihi paras minima. JANGAN MEMANDU SEKIRANYA PARAS
MINYAK GEAR KURANG DARI PARAS MINIMA BAGI MENGELAK KEROSAKKAN GIGI GEAR.
Bagi kereta manual, semasa memandu jangan sekali-kali meletakkan kaki anda di atas pedal clucth. In
boleh memendekkan jangka hayat clucth plate nada dan merosakkan gigi gear kereta anda. JANGAN
CUBA LAKUKAN 'SPIN WHEEL'. Laraskan paras clucth supaya berada dalam keadaan yang sesuai
dengan panjang kaki anda (minta bantuan mekanik). Jangan paksa sekiranya gear tak masuk sebaliknya
cuba lepaskan handbrek dahulu
(terutama kancil). Semasa berada di lampu traffic, naturalkan gear dan tarik handbrek. Jangan biar injin
melahu dalam keadaan bergear. Minta bantuan mekanik untuk mengenalpasti kelajuan maksimum
gearbox kereta anda dan jangan memandu melebihi kelajuan maksimum ini.
Bagi kereta auto, pastikan anda faham kegunaan semua paras gear iaitu P, R, D, L, 2 dan 3. Bagi
pemanduan biasa, gunakan cuma D dan bila memotong, gunakan "overdrive button". Sekiranya kerata
anda tidak mempunyai overdrive button (wira 1.6 mempunyai overdrive button dan tidak pada wira 1.3,
1.5 ,kancil), anda perlu menerima hakikat yang kereta anda tidak boleh dipandu secara aggresive.
Jangan gunakan overdrive button pada kelajuan melebihi 100 km/j kerana fungsi overdrive button adalah
seperti kita menurunkan gear dari gear 5 ke gear 4 apabila memotong dan tetap pada gear 4 sehingga
kita offkan overdrive button. Bayangkan pada kelajuan melebihi 100 km/j kita turunkan gear ke gear 4
atau 3. Kalau kita tak bernasib baik, kita mungkin dapat mengutip segala gear dan skru bertaburan di
atas jalan. Gear 2, 3 dan L adalah untuk kegunaan mendaki iaitu apabila kereta kita tidak dapat mendaki
cerun yang curam. Paras gear ini hanya untuk kegunaan kelajuan rendah
(bergantung pada jenis kereta).
Bagi kereta semi auto, triptronik, steptronik. Penggunaan minyak gear box yang direkomenkan oleh
pengeluar adalah sangat mustahak. JANGAN SEKALI-KALI MENUKAR JENIS MINYAK GEAR BOX
KECUALI MENDAPAT NASIHAT DARIPADA PENGELUAR. Penukaran gear dari tinggi ke rendah juga
mesti mengikut kelajuan yang disarankan oleh pengeluar.
Sekiranya terdapat lelehan atau kebocoran minyak atau minyak keluar dari gearbox anda, jangan panik,
gear box anda tidak rosak, kemungkinan cuma oil seal gear box sudah 'mati'. Cuma periksa paras
minyak gear box dengan lebih kerap dan pastikan ianya sentiasa cukup. Setiap kali kita menukar clucth
plate, tukar juga oil seal walaupun ianya tidak bocor kerana jangkahayat oil seal dalam gearbox biasanya
sama dengan jangkahayat clucth plate.
akhir sekali, sekiranya anda menggunakan kereta auto buatan Eropah atau bukan Jepun, pastikan
jangan usik apa-apa wayar yang bersambung dengan gear box apabila upgrade sistem bunyi, alarm
atau apa-apa pengubahsuaian. Dan cuba 'belai' dan 'memandu dengan lemah lembut', kerana kalau
gear box rosak, kos membaiki purata RM2000 dan untuk menukar gear box RM7000 (kedai potong) atau
RM12000 (recon dan disahkan EON)(kecuali Perdana V6 = RM 22000).

SISTEM BREK KERETA

Tips mengenai sistem brek (drum dan disk)
Seperti yang kita tahu, brek sangat penting dalam sebuah kereta. Tanpanya tak mungkin kita berani
memandu kereta tersebut sekiranya kita mengetahuinya.

Nasihat saya kepada pemilik kereta yang telah menukar injin kereta mereka kepada injin yang
mempunyai "kuasa kuda membrek" atau BHP yang lebih tinggi (lebih 25 bhp ke atas), pastikan anda
memeriksa dan menilai kembali sistem brek original yang ada pada kereta anda. Jangan kerana nak
jimat, anda abaikan sistem brek anda. Lebih baik sekiranya semasa anda membeli haftcut kereta anda,
beli bersama sistem brek kereta tersebut dan pasangkan pada kereta anda. Pernah saya berjumpa
dengan kancil yang telah di tukar injin kepada Mira L5 tapi sistem breknya masih original. Dan kebetulan
semasa keluar dari bengkel, keadaan kecemasan berlaku dan kereta tersebut tidak dapat berhenti
walaupun pemandu mengatakan dia tekan brek sampai berdiri.

Sistem asas brek terdiri dari disk atau drum, pelapik brek (pad brek), saluran minyak, pam vacum(objek
besar hitam bulat leper betul-betul di hadapan steering dalam kompamen injin), tabung minyak injin,
padel brek
(tempat tekan brek). Kesemua peralatan asas yang di atas mestilah dijaga dengan baik supaya brek
berkesan.

Kereta baru. Semasa service pertama, minta mekanik memeriksa kesemua disk dan drum brek termasuk pelapik brek. Pastikan pelapik brek betul betul terapung di antara dua angkup dan disk berada di tengah. Untuk drum, pastikan pelapik brek tidak menyentuh drum atau kesan geseran aygn kelihatan adalah
sama rata. Jika tidak rata, minta mekanik periksa kerana perkara ini akan menjadi masalah bila ia
dibiarkan. Kalau dapat minta mekanik melaraskan pedal brek supaya tidak terlalu 'makan' mengejut dan
sesuai dengan panjang kaki kita. Sekiranya minyak brek sudah kotor(keruh warnanya), minta mekanik
tukar.
Cara penjagaan sistem brek.
1.     Setiap sebulan sekali, periksa paras minyak brek kereta anda (botol minyak depan vacum pam).
Pastikan minyak berada diparas antara minimum dan maksimum. JANGAN SEKALI-KALI MEMANDU
SEKIRANYA PARAS MINYAK BREK BERADA DI BAWAH PARAS MINIMUM.
2. Setiap 6 bulan semasa kita hendak merotate tayar kereta kita, periksa pelapik brek. Pastikan lapisan
pencengkam masih tebal. Sekira kita dapati pencengkam 'makan' tidak sama antara kiri dan kanan,
minta mekanik periksa sistem saluran minyak brek atau sistem tekanan brek kerana
kemungkinanatekana yang dikenakan ke atas kedua-dua brek tidak sama dan ini sangat merbahaya
kepada pemanduan terutama membrek semasa kelajuan tinggi. Perkara yang sama juga perlu dilakukan
kepada brek drum.
3. Sekiranya terdapat kesan lelehan minyak brek (kelihatan cat atau apa-apa bahan berasal dari
petroleum mencair) pada mana-mana bahagian, minta mekanik memeriksanya. Jangan ambil mudah
perkara ini kerana kebocoran ini mungkin keci tapi akan menjadi besar semasa membrek kerana
tekanan yang dikenakan ke atasnya.
4. Semasa menambah minyak brek, pastikan minyak brek yang betul spesifikasinya. Dot 3 untuk
kegunaan biasa (biasanya kereta yang mempunyai disk di depan dan drum di belakang) dan Dot 4 untuk
kegunaan berat (untuk kereta yang mempunyai sistem 4 roda disk dan kereta berkuasa tinggi). Jika tidak
pasti tanya mekanik kerana kesilapan minyak brek boleh menyebabkan keseluruhan sistem brek kita
akan mengalami kerosakan terutama pada seal yang diperbuat daripada getah.
5. Sekiranya terdapat kesan calar pada disk atau pada drum, minta mekanik menilai samada boleh pakai
lagi atau tidak. Jika kita hendak menukar pelapik brek, saya cadangkan asah kembali disk atau tukar
drum kepada yang lebih baik. Kesan calar ini boleh menjadi penghalang pelapik brek mencengkam disk
atau drum. Hasilnya, brek akan kurang berkesan.
6. Kerosakan yang selalu berlaku adalah brek 'jam'. Keadaan ini berlaku kerana pelapik brek tidak kembali terapung apabila kita lepaskan brek dan terus mencengkam disk. Kerosakan adalah pada angkup yang mengawal pelapik brek.

7. Untuk kereta auto, pelapik brek hadapan akan lebih cepat haus daripada belakang (biasanya dua kali
ganda cepatnya), pastikan anda lebih kerap memeriksa pelapik brek hadapan.

8. Sekiranya anda ingin mengubahsuai sistem brek kereta anda, pastikan anda mendapat kebenaran
bertulis daripada JPJ kerana adalah menjadi kesalahan dan syarikat insuran kita akan melindungi anda
sekira kemalangan berlaku disebabkan sistem brek & sistem brek anda tlh ditukar tanap kebenaran JPJ.

9. Semasa memandu elakkan kaki daripad sentiasa berada di atas padel brek. Ini dapat menjimatkan
penggunaan pelapik brek.

10. Semasa menuruni bukit yang curam, jangan gunakan brek, sebaliknya gunakan brek injin (gear
rendah) untuk mengawal kelajuan kereta anda.

11. Sekiranya anda suka memandu laju dan secara aggresive, tukar pelapik brek kereta anda kepada
yang lebih tahan panas seperti project U. Pastikan anda menukar juga sistem saluran minyak brek anda
kepada saluran bersalut steel. Ini bagi memastikan sistem brek kereta anda dapat berfungsi dalam
keadaan tekanan dan suhu dan tinggi dan tindakbalas brek anda akan lebih cepat apabila padel ditekan.
Akhir sekali, cuma pastikan setiap kali anda hantar kereta anda untuk ditukar minyak injin, minta mekanik
memeriksa juga minyak brek, minyak gear box, pelapik brek, lampu brek ketiga, aras padel brek dan
clucth, tekanan angin tayar, aligment tayar, spark plug, penapis angin, penapis petrol dan sebagainya.
Jangan cuma tukar minyak hitam saje kerana peralatan lain perlu juga selalu diperiksa. Jangan tertipu
dengan mekanik yang cuma menukar minyak hitam dan penapis minyak hitam apabila kita menghantar
kereta untuk di service dan kita dikenakan bayaran yang tinggi untuk upahnya. Di Sungai Buloh, upah
tukar minyak hitam cuma RM5 atau kurang dari RM10.

ABOUT VIRUS

Apa itu virus?


Virus dalam komputer ialah satu program kecil bertujuan merosakkan sistem operasi dan menyebabkan komputer tidak boleh berfungsi dengan baik atau mati terus. Selalunya virus akan menyerang sektor but (boot sector), fail *.exe dan *.com. jenis-jenis virus ini dipanggil virus but dan virus fail, Terdapat satu lagi virus dipanggil virus macro yang akan merosakkan fail data program Microsoft Word dan Excel. Secara lazimnya virus akan membiak, memindah dan memadam fail-fail data pada masa-masa tertentu atau semasa program dibuka.

Chernobyl


Serangan virus boleh berlaku dengan cara ia akan bertindak pada tarikh-tarikh tertentu atau beberapa kali pengguna menekan kekunci tertentu. Contoh virus tersebut ialah virus Chernobyl yang menyerang pada 26 April lepas atau tahun sebelumnya. Virus tersebut mampu memadam kandungan rekod but utama (Master boot record) serta BIOS dan menghilangkan data-data dalam cakera keras, membuat perkakasan-perkakasan seperti papan induk dan cakera keras tidak boleh digunakan lagi.

Kerosakan BIOS dikira serangan yang paling hampir kepada kerosakan perkakasan. Biasanya serangan virus ditujukan kepada program-program dalam sistem operasi (perisian) dengan memusnahkan fail-fail penting. Sistem akan lumpuh sekiranya tiada ubat yang tepat untuk memulihkan keadaan. Perkembangan dan berita-berita mengenai virus harus diikuti setiap masa dari media massa atau Internet. Setiap amaran serangan virus diberi perhatian walau sekecil manapun.

Pengguna komputer harus menghadapi hampir 45,000 virus yang dikenali dan pertumbuhan 200 virus setiap bulan. Program virus dicipta oleh programer-programer dengan niat negatif. Apa yang harus dibuat oleh para pengguna komputer, perlu berhati-hati dengan disket yang digunakan di pemacu A serta kandungan e-mel dan fail pindahturun dari Internet yang mencurigakan. Pemasangan permainan komputer dari CD-ROM harus diberi perhatian kerana penyibaran virus kadang-kadang melaluinya. Dapatkan sebuah program anti-virus terkini bagi tujuan mengimbas komputer setiap ketika dan masa dari diserang virus tanpa disedari.

Nota:
 *.com di atas bererti nama fail seperti command.com atau format.com.



                                                                                          Apa litu pepijat Y2K?
( dalam kenangan)

Y2K ialah Alaf Baru atau 'Year 2000' yang akan membawa beberapa kesan terhadap bidang IT (Information Technology). Y bermaksud tahun, 2 pula angka 2 dan K ialah Kilo atau ribu (000).

Komputer jenama IBM dibina pada tahap yang amat kerdil diawal 80an. Storan terlalu kecil dan setiap bait (byte) sangat berharga. Satu cara penjimatan adalah dengan mengurangkan angka pada tahun, iaitu dari 4 ke 2 sahaja (1980 jadi 80). Kian hari storan kian bertambah untuk menampung program yang besar dan sesetengah pengeluar perisian atau perkakasan (BIOS) mula menggunakan 4 angka bagi tahun. Apabila tiba pada tahun 2000, perisian atau perkakasan-yang masih tinggal pada tahun 2 angka akan menghadapi masalah. Masalah ini dipanggil 'bug' atau pepijat dalam dunia IT. Komputer beranggapan tahun 2000 itu 1900 dan kemungkinan sistem bercelaru. Sistem yang dikeluarkan pada tahun 1997 ke atas mematuhi Y2K. Tarikh keramat itu telah berlalu dan syukur ia berlalu tanpa sebarang masalah.

Semasa ingin membuat pembelian perkakasan, perhatikan logo di kotak dan cip BIOS yang menyatakan ia ‘Y2K compliant'. Cara ini yang paling selamat bagi menentukan perkakasan mempunyai persediaan Alaf Baru.



Apa itu Overclocking?


Overclocking atau lampau detik merujuk kepada kelajuan CPU pada tahap yang lebih daripada yang sebenarnya, biasanya ke satu atau dua tahap dari kelajuan CPU. Tujuannya untuk meningkatkan kelajuan CPU tanpa memerlukan perbelanjaan yang banyak. Sebagai contoh, CPU 600MHz ditingkatkan antara 650MHz hingga 800MHz. Tiga cara boleh dilakukan seperti menukarkan ketetapan jumper di atas papan induk atau di dalam CMOS Setup, meningkatkan sistem bas (FSB) dan menukarkan voltan operasi CPU.

Kelajuan dikira dengan cara mendarab sistem bas dan multiplier seperti dalam rajah di bawah (A) iaitu 100X6 untuk kelajuan CPU asal. Dalam rajah bahagian B, CPU ditingkatkan kepada 650MHz dengan menukarkan jumper ke multiplier 6.5. Dalam rajah bahagian C, bas 100MHz boleh ditingkatkan kepada 133MHz mengikut kernampuan sesetengah papan induk. Kelajuan CPU boleh mencapai ke tahap 800MHZ iaitu anggaran dari kiraan rajah C. Menukarkan voltan operasi CPU memerlukan kepakaran tinggi, rujuk manual atau laman web untuk keterangan lanjut. (www.anandtech.com atau www.tomshardware.com).




Kebaikan kepada tingkatan ini, tentunya melajukan lagi prestasi komputer. Keburukannya pula, sekiranya tidak berhati-hati, ia boleh merosakan CPU dan keseluruhan sistem. Ini berlaku akibat dari kepanasan CPU yang bertambah sehingga kadang-kadang boleh mencairkan soket. Pemasangan kipas 'heavy-duty' boleh menyelesaikan masalah ini. Sekiranya selepas overclocking, sistem tidak stabil, meragam atau panas tidak menentu, tukar ketetapan jumper ke asal dan lupakan overclocking sama sekali.

Selain melajukan CPU, ada beberapa perkara lain yang boleh meningkatkan prestasi komputer seperti menambah RAM fizikal, menukar cakera keras jenis 7200 rpm atau berasaskan sambungan SCSI, kad video grafik AGP dengan RAM jenis DDR sebanyak mungkin dan papan induk yang mempunyai cache yang banyak.

Pemasangan Perisian Komputer

Cakera keras telah selesai diformat dengan sistem dan pemasangan perisian sudah boleh dilakukan. Pemasangan perisian biasanya dimulakan dengan sistem operasi  (OS - Operating System) seperti Windows 98, Windows Me atau Windows XP. Selepas itu, barulah perisian aplikasi atau permainan dipasang. Sebagai contoh, perisian sistem operasi yang hendak dipasang kali ini ialah Windows 98 atau nama pendeknya Win98. Pastikan perisian asal (original) digunakan dan datang dengan manual serta nombor lesen pendaftaran atau product key.

Untuk kesempurnaan pemasangan Windows OS terkini seperti Win98 atau WinMe, beberapa syarat keperluan perkakasan yang diberi oleh pihak Microsoft(R) harus dipatuhi. Di bawah di -turunkan senarai paling minimum yang boleh diguna pakai oleh kedua-dua sistem operasi tersebut.

  • Pentium kelajuan 150MHz
  • Memori (RAM) 32MB
  • 320 MB ruang cakera keras
  • Papan kekunci
  • Tetikus
  • Pemacu CD-ROM 15X
  • Kad bunyi
  • Pembesar suara
  • Kad VGA
  • Modem 28.8Kbps


Kaedah # 1   Cara pemasangan perisian

Cara pemasangan pertama kurang diamalkan kini, agak lambat dan memerlukan banyak aktiviti pengguna pada peringkat awalnya. Mula sekali, sediakan disket sistem dan satu disket kosong yang sudah diformat sebelum memulakan pemasangan. Hidupkan suis komputer dan tunggu sehingga muncul prom C di skrin.

Buatkan satu direktori Windows di cakera keras seperti berikut:

 C:\>md Windows     <Tekan Enter>    (make directory)

Boleh juga dibuat Win98, WinMe dan WinXP mengikut citarasa dan pilihan masing-masing bersesuaian dengan sistem yang akan dipasang.

Sila ambil perhatian bahawa direktori Windows, Win98, WinMe atau WinXP ini akan digunakan untuk nama bagi direktori semasa pemasangan Windows nanti.

Masukkan disket sistem yang dibuat sebelum ini di pemacu A, salin fail , ‘mscdex.exe’ dan 'himem.sys' ke dalam direktori Windows bagi pemasangan pemacu CD-ROM nanti, Tanpa fail mscdex-exe, pemacu CD-ROM tidak boleh berfungsi. Dari direktori C, ubah arahan ke pemacu A dan taip seperti di bawah.

C:\>a:     <Tekan Enter>
A:\>copy mscdex.exe c:\Windows      <Tekan Enter>
A:\>copy himem.sys c:\Windows        <Tekan Enter>

Salin atau buat fail-fail 'autoexec.bat’ dan ‘config.sys' dan hantar ke direktori pangkal (root directory) dengan baris-baris yang sama seperti yang ditunjukkan pada rajah di bawah.

Buat pemasangan pemacu CD-ROM dengan memasukkan disket driver yang dibekalkan pengeluar di pemacu A, taip 'install' dan ikut arahan PC sehingga tamat pemasangan.

Komputer di restart untuk pemacu CD-ROM diterima oleh sistem agar dapat beroperasi dengan sempurna. Sekiranya cakera keras hanya ada satu partition, biasanya pemacu CD-ROM akan mengambil tempat pemacu D. Taip D di prom C untuk memastikan pemasangan berjaya dan sekiranya ada prom D, pemasangan perisian sudah boleh dimulakan.

 C:\>D:         <Enter;>
 D:\>DIR      <Enter>

Nota:
Pemacu C mengambil ruangan cakera keras di mana akan diletakkan perisian sistem operasi dan aplikasi. Pemacu D mewakili pemacu CD-ROM di mana perisian (CD-ROM) untuk pemasangan diletakkan.



Membuat atau edit fail config.sys & autoexec.bat
(untuk pengetahuan sahaja)

Ada beberapa cara untuk membuat fail config.sys dan autoexec.bat atau fail-fail yang sejenis dengannya. Cara yang pertama, menggunakan program editor biasa seperti Edit atau Notepad. Sebagai contoh, di bawah ditunjukkan cara-cara membuat fail dengan program Edit.

Dapatkan prom A dengan disket sistem tersedia di pemacu A, taip edit config.sys dan Enter. (Fail edit.com sepatutnya ada dalam disket berkenaan).

A:\>edit c: config.sys       <Tekan Enter>



Dengan terkeluarnya rajah di atas, taip baris demi baris atau apa-apa saja yang dikehendaki dalam fail tersebut. Untuk keluar dari program Edit, tekan kekunci Alt, pilih Save dan kemudian Exit. Simpan fail dengan nama config.sys atau autoexec.bat, mengikut tujuan asalnya.

Satu cara lagi dengan menggunakan arahan 'copy con' dan namakan fail yang hendak dibuat. Dapatkan prom C, masukkan arahan satu demi satu seperti di bawah.

• C:\>copy con autoexec.bat        <Tekan Enter>    (copy console)
• @echo off         <Tekan Enter>
• path c:\DOS;     <Tekan Enter>
• prompt $p$g     <Tekan Enter>
• Ctrl + Z

Simpankan fail dengan menekan kekunci Ctrl dan Z serentak seperti yang ditunjukkan dalam baris akhir.



Pemasangan Perisian

 

Perisian Asal

Semasa membeli komputer, dapatkan CD-ROM dan manual sistem operasi Win98 atau WinMe yang asal (original), seperti rajah di bawah. Sekiranya ada apa-apa perubahan atau tambahan fail utiliti, CD-ROM boleh digunakan untuk pemasangan semula atau ulangan. Pemasangan perisian ini (satu salinan) hanya dibenarkan dipasang ke dalam satu PC sahaja. Di bawah terdapat dua disket, satu disket sistem yang dibuat sebelum ini dan satu lagi disket but khas yang dibekalkan bersama pakej CD-ROM Win98.




Setelah komputer dihidupkan dan pemacu D dipilih, masukkan CD-ROM Win98 dan taipkan 'setup' untuk memulakan pemasangan. Nama fail setup digunakan oleh kebanyakan program yang hendak dipasang.

• C:\> d:           <Enter>
• D:\> setup      <Enter>

Semasa pemasangan perisian, sistem Win98 akan mengesan kehadiran direktori Windows dan ia akan memberi tetingkap amaran supaya berhati-hati. Teruskan dengan memilih direktori Windows tersebut dan ikut arahan komputer sehingga selesai. Masukkan disket kosong bila sistem meminta di pertengahan pemasangan bagi menyiapkan disket sistem untuk digunakan diwaktu kecemasan. Juga sediakan nombor lesen pada pertengahan pemasangan dan simpan dengan baik nombor tersebut untuk rujukan sekiranya ingin memasang Win98 semula nanti.




Kaedah # 2    Cara pemasangan perisian

Cara pemasangan kedua, agak mudah iaitu dengan menggunakan disket but khas yang biasanya dibekalkan bersama CD-ROM Win98. Disket but ini boleh diperolehi dengan membuat satu 'Startup disk' dari sistem operasi Win98. Setelah membuat partition serta format cakera keras, terus masukkan disket but khas serta CD-ROM Win98 untuk pemacu CD-ROM boleh berfungsi dan dalam masa yang sama, pemasangan sistem operasi dapat disiapkan tanpa masalah.
Sistem Win98 akan cuba mengesan semua perkakasan dan menyediakan 'driver' yang umum saja bagi perkakasan-perkakasan yang terdapat dalam komputer tersebut. Ulang pemasangan driver sekiranya terdapat komponen-komponen menggunakan driver yang kurang sesuai. Setelah selesai pemasangan perisian, pastikan tidak ada konflik perkakasan dengan melihat keadaan 'System' di dalam 'Control Panel'.

* Nota:
Diperingkat permulaan ini, semasa dalam proses pemasangan Windows, cuba gerakkan tetikus untuk memastikan ia berfungsi. Sekiranya kursor (tetikus) di skrin tidak bergerak, tamatkan pemasangan dan betulkan masalah sehingga selesai sebelum memulakan setup semula.



Laman Desktop ialah paparan awal setiap komputer yang menggunakan sistem operasi Windows. Setiap komputer berbeza isi kandungannya, terpulang kepada citarasa dan kehendak individu. Banyak perkara boleh dilakukan di laman Desktop seperti menukar resolusi, warna skrin dan sebagainya. Klik kanan tetikus di mana-mana kawasan kosong Desktop, tetingkap A akan keluar untuk tindakan penyelenggaraan biasa.

Ikon-ikon di Desktop kebanyakannya ialah pautan atau link dan elok dicuba semua kerana kadang-kadang terdapat sesetengah daripadanya tidak ada sambungan ke mana-mana. Cara membuang ikon dengan mengklik kanan tetikus atas ikon sasaran dan pilih Delete. Tindakan ini akan membuang ikon ke dalam Recycle Bin atau tong sampah sementara menanti pelupusan yang selanjutnya. Untuk mendapatkan ikon semula, tanda ikon dalam Recycle Bin yang dibuka dan pilih Restore, ikon tersebut akan berada semula di paparan Desktop.



Apa itu folder?

Folder dalam Windows adalah tempat di mana disimpan fail-fail program, data maklumat, sistem dan sebagainya. Fail-fail maklumat atau data sebenarnya terbahagi kepada beberapa jenis seperti teks, grafik, sistem, arahan dan lain-lain lagi.



Periksa Sistem Konflik

Memeriksa kesihatan sistem operasi sepatutnya menjadi satu amalan berterusan. Kerap memeriksa keadaan peranti boleh membantu mengesan kerosakan awal dan membaik pulih sebelum menjadi serius. Klik My Computer, klik Control Panel dan klik System, muncul tetingkap A. Sekiranya ada tanda seru atau lain dari tanda campur (+) seperti dalam bulatan di paparan B, bererti ada konflik peranti. Peranti berkenaan harus diulang pemasangannya sehingga semua dalam keadaan seperti di atas kiri skrin B. Sebelum memulakan pemasangan driver, buang konflik peranti dahulu bagi mengelakkan masalah yang lebih keliru.

Sekiranya ingin melihat keadaan IRQ untuk peranti (Interrupt request), tanda Computer C dan klik petak Properties D, satu tetingkap Computer Properties akan dipaparkan menunjukkan senarai IRQ yang digunakan.



Apa itu driver?


Setiap perkakasan seperti kad video, kad bunyi, modem, pencetak, pengimbas dan pemacu CD-ROM mempunyai satu program untuk sistem operasi kenal dan boleh berhubung secara sempurna. Biasanya fail driver atau pemacu ini dibekalkan semasa pembelian perkakasan dan boleh juga diambil dari laman web pengeluar perkakasan berkenaan. Windows juga ada senarai driver dan kadang-kadang boleh membantu semasa pemasangan. Fail-fail driver ini diambil dari pembekal semasa Windows menyiapkan sistem operasinya. Perkakasan yang dikeluarkan selepas itu terpaksa menggunakan driver yang terbaru untuk kesempurnaan operasinya. Masalah akan timbul bila fail driver yang dibina tidak sempurna atau tidak serasi dengan sistem operasi Windows yang digunakan. Pencarian fail driver terbaru dan terkini harus dilakukan sehingga sistem tidak lagi meragam.




Driver perkakasan bertindak sebagai antaramuka atau jambatan untuk komputer dan perkakasan berfungsi dengan baik. Sistem yang meragam atau kadangkala tergantung, besar kemungkinan berpunca dari kesilapan driver atau fail driver yang telah dicemari virus. Buang dan pasang semula driver sekali lagi dapat membetulkan keadaan.

Unit sistem dalam rajah di sebelah akan beroperasi menghantar data berulangalik dengan perkakasan-perkakasan lain dalam komputer melalui bas dan sebagainya. Fail driver perkakasan yang dibekalkan oleh pengeluar akan memberi kerjasama yang padu pada unit sistem agar semuanya berjalan dengan sempurna. Kesilapan driver boleh membuat sistem tergantung atau monitor gelap tanpa sebarang klu (clue). Pemasangan semula driver boleh menyelesaikan masalah.

 

Menutup komputer:  Shut Down


Komputer yang menggunakan sistem operasi Windows harus ditutup dengan betul untuk mengelakkan dari mengalami kerosakan sistem. Fail-fail yang masih belum diselamatkan dan tetingkap yang belum ditutup, disempurnakan sebelum komputer diShut Down. Perhatikan BarTugas (TaskBar) dan pastikan tiada lagi sebarang program yang masih aktif. Untuk keluar dari Windows dan tutup komputer, klik butang Start (1) dan klik Shut Down di skrin kecil 'Desktop' (2). Tetingkap kecil 'Shut Down' B akan keluar, klik OK, skrin C akan muncul dan komputer sudah selamat ditutup. Untuk pengetahuan, tetingkap C tidak akan muncul sekiranya komputer menggunakan bekalan kuasa ATX Sistem akan terus tutup tanpa mesej berkenaan.



Tukar display setting (warna dan resolusi)


Ada masa-masanya kita perlu menukarkan setting display untuk menyesuaikan sesuatu program. Cara-cara menukarkan setting display seperti di bawah.

1 - Klik kanan tetikus di mana-mana kawasan kosong Desktop, tetingkap kecil A akan muncul.

2 - Klik kiri tetikus di ruangan Properties, tetingkap Display Properties B akan terpapar.

3 - Klik tab Settings 3 di Skrin B untuk menukarkan Bersambung ke skrin C di bahagian II

4 - Klik anak panah kecil untuk memilih jumlah warna dari 16 colors hingga 32-bit color mengikut kemampuan kad video dan monitor.



Sekiranya ada 16 colors sahaja, bererti setting kad video perlu dipasang semula dengan menggunakan pemacu yang dibekalkan oleh pengeluar. Pastikan kad dan driver di dalam CD-ROM serasi dengan memerhatikan cip di atas kad VGA sebagai panduan.

5 - Ubah setting sekiranya hendak menukar resolusi dari 640 X 480 piksel ke 800 X 600 piksel atau sebaliknya. Tolak butang radio ke kanan untuk ubah resolusi.







Pemasangan program




Pemasangan program tambahan atau aplikasi untuk sistem operasi Win 95 ,sangat mudah dan pantas.

> Mula sekali, dwiklik (klik dua kali sebelah kiri tetikus) ikon My Computer
dan lepas itu dwiklik Control Panel.

> Dwiklik ikon Add/Remove Programs dan tetingkap seperti di bawah akan muncul.



Klik Install dalam tetingkap Add/Remove Programs Properties, klik Next, masukkan pemacu serta baris program yang hendak dipasang, klik Finish dan ikut arahan di skrin sehingga selesai. Sebagai contoh, taip seperti berikut dan tekan Enter untuk-mulakan pemasangan. (D:\Setup <Enter>).

Cara ini juga boleh dilakukan untuk membuang program dari sistem. Tanda program berkenaan dan klik petak Add/Remove.

Memasang program boleh juga dimulakan dari butang Start dan Run. Masukkan baris program dalam tetingkap Run, ikut arahan sistem sehingga selesai.


.

Pecahan Perislan 



Perisian dipecahkan kepada dua bahagian yang besar iaitu perisian sistem dan perisian aplikasi seperti rajah di atas.

Perisian Sistem dipecahkan kepada tiga kategori iaitu bahasa pengaturcaraan, sistem operasi dan Perisian utiliti.

  • Bahasa pengaturcaraan ialah perisian bagi menulis Program. Contoh Bahasa pengaturcaraan seperti Basi Cobol, C++, Visual Basic dan lain-lain lagi.

  • Sistem operasi ialah perisian bagi menjalankan komputer sebelum sedia melakukan kerja-kerja aplikasi lain dan contohnya seperti Win95, Win98, WinMe dan WinXP.

  • Perisian utiliti bagi menambah prestasi sistem operasi seperti memeriksa cakera keras, mencari kerosakan, Program anti virus, memampatkan data dan sebagainya.

Perisian Aplikasi digunakan untuk tugas tertentu seperti menghimpunkan maklumat atau menulis rencana. Contoh sistem aplikasi ialah helaian elektronik (spreadsheet), pengurusan pangkalan data (database), pemproses perkataan (word editor) dan hiburan (computer games).



Kekunci Ctrl, Alt dan Del


Kombinasi kekunci Ctrl, Alt dan Del digunakan untuk melihat lapisan program yang sedang beroperasi di belakang Windows. Program-program ini akan menggunakan banyak memori dari RAM dan mengurangkannya kadang kala memberi ruang pada sistem agar beroperasi dengan baik. Untuk melihat jumlah program atau aplikasi tersebut, tekan serentak kekund Ctrl, Alt dan Del. Tetingkap kecil akan muncul dengan program-program yang bekerja di latar belakang. Sebagai contoh, kalau hendak tamatkan program dalam skrin tersebut, tanda program (zoman-Paint) dan klik 'End Task'. Jangan sesekali membuang dua program penting ‘Explorer’ dan 'Systray' dari skrin tersebut.

Minta perhatian!!!

Jangan sesekali menekan sekali lagi kekunci Ctrl, Alt dan Del kerana komputer akan restart dan akan hilang semua informasi yang belum diselamatkan.


Untuk keluar dari skrin 'Close program', klik butang Cancel.

Untuk mengurangkan penggunaan memori (RAM), tutup perehat skrin (screensavers), jadual bunyi (event sounds), buang ikon yang tidak penting di laman Desktop dan elak pemasangan terlalu banyak program semasa proses startup.




 Masalah sistem operasi Win95 atau Win98

Sekiranya ada masalah dengan sistem operasi Win95 atau Win98, beberapa pilihan boleh dilakukan untuk membetulkannya. Ada beberapa cara yang boleh dicuba.

Cara #1 (Win95 atau Win98)

Untuk memulakan pemeriksaan, hidupkan komputer dalam mod selamat atau safe mode. Kadang kala sistem yang bermasalah akan terus ke mod selamat ini. Tujuannya agar kerja-kerja baik pulih boleh dilakukan.

Mulakan komputer, sistem operasi Windows akan mempamerkan paparan seperti di bawah.

 Starting Windows 95 ...

Tekan kekunci F8 untuk dapatkan skrin Startup Menu, di mana pilihan item dibuat untuk tindakan. Setiap satu item akan diterangkan dengan terperind seperti berikut:



Microsoft Windows 98 Startup Menu

1. Normal
2. Logged (\BOOTLOG.TXT)
3. Safe Mode
4. Safe Mode with network support
5. Step-by-step confirmation
6. Command prompt only
7. Safe mode command prompt

Enter a choice : 1

F3=Safe mode, Shift+ F5=Command prompt
Shift + F8= Step by step confirmation (N)

Skrin pilihan Startup Menu untuk tindakan tertentu



Masalah Memulakan Windows


Normal - Windows dimulakan dengan biasa.

Logged (BOOTLOG.TXT) - Windows dimulakan dengan biasa tapi tercipta satu fail teks yang dipanggil Bootlog.txt dan disimpan di pangkal direktori. Fail ini mengandungi informasi terakhir sistem beroperasi dan disorokkan (hidden).

Safe mode - Windows dimulakan dengan konfigurasi asas. Sesetengah bahagian sistem mungkin tidak boleh berfungsi. Perubahan boleh dilakukan terutama pada komponen-komponen yang disyaki bermasalah.

Safe mode with network support - Windows dimulakan dengan konfigurasi asas tapi termasuk kemampuan rangkaian.

Step-by-step confirmation - Mulakan komputer, dipamerkan setiap langkah dengan diikuti prom. Untuk menerima command, tekan Enter dan Esc andai sebaliknya. Pilihan ini akan memasukkan komponen yang dikehendaki sahaja.

Command prompt only - Mula Windows seperti biasa, tapi tanpa sistem Windows sebenar. Boleh mulakan Windows dengan menaip win.

Safe mode command prompt only - Mulakan komputer dengan konfigurasi asas dan tanpa sistem Windows sebenar.

Previous version of MS-DOS - Mulakan MS-DOS, dengan menggunakan fail-fail simpanan semasa pemasangan Windows (Setup). Versi MS-DOS terpulang kepada versi sebelum pemasangan Windows 95.


Mod Selamat (Safe Mode)

Dengan paparan skrin startup menu, Pilih 'safe mode' untuk memulakan kerja-kerja sama ada membuang program yang disyaki bermasalah atau memasang semula pemacu perkakasan yang terkini. Kalau sebelum ini sistem bekerja dengan baik, biasanya pemasangan perisian yang terakhir boleh menimbulkan masalah seperti pemasangan kurang sempurna, tidak lengkap, versi program yang tidak sesuai, versi demo atau kerosakan fail tertentu akibat diserang virus.





Cara #2 (Win95)   Masalah memulakan Windows

Satu cara lagi untuk membetulkan sistem bermasalah adalah dengan memulihkan registry. Gangguan pada registry seperti kerosakan data atau dijangkiti virus, harus direstore. Registry sebenarnya ialah satu senarai maklumat penting perkakasan dan perisian komputer. Kerosakan registry boleh membuat sistem tidak stabil atau tidak boleh beroperasi langsung. Disket kecemasan disediakan untuk menyelamatkan keadaan ini. Lihat bawah (A).

Apa yang harus dilakukan semasa komputer bermasalah, disket kecemasan terbaru diletakkan di pemacu A dan mulakan komputer.1 Di prom A, taip ERD dan ikut arahan sehingga selesai pembetulan. Restart komputer dan sistem sepatutnya boleh bekerja semula.
  


Disket kecemasan dan salinan but, penting disimpan untuk digunakan pada saat-saat genting. Disket salinan dibuat sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya yang asal rosak.

Paparan registry dan penawarnya

Untuk mendapatkan senarai registry, klik butang Start di bawah kiri Windows dan dalam paparan tetingkap, pilih Run. Taip regedit di kekotak eks Run dan klik OK untuk dipaparkan skrin kecil Registry. Jangan diubahsuai senarai registry tanpa mendapat panduan tepat cara-cara menyuntingnya. Kerosakan registry akan membawa kepada duka lara atau miseri. Kadang-kadang sistem merajuk tidak mahu melihatkan dirinya dan susah hendak dipujuk. Penawarnya mungkin terletak di dalam piring disket baik pulih bernama ERD.


Cara #3 (Win95)   Pemasangan semula registry (restore)

Sekiranya registry rosak (corrupted), pemasangan semula boleh dilakukan dengan prosidur berikut:

Mulakan komputer sehingga terpapar skrin di bawah.
Starting Windows 95 ...

Pada masa yang sama, tekan F8 untuk dapatkan Startup Menu.
Pilih Command prompt only dan tekan Enter.
Di prom C, dalam direktori Windows, lakukan tindakan di bawah dengan menaipkan setiap baris dan tekan Enter.
C:\Windows> attrib -h -r -s system.dat    <Enter>
C:\Windows> attrib -h -r -s system.da0   <Enter>
C:\Windows> attrib -h -r -s user.dat        <Enter>
C:\Windows> attrib -h -r -s user.da0       <Enter>

Nota: da0 ialah da dan angka kosong, bukan huruf O.

Selepas itu, taip arahan berikut: copy system.da0 system.dat
Overwrite system.dat (Yes/No/All)?
Pilih Y dan tekan Enter
copy user.da0 user.dat
Overwrite user.dat (Yes/No/All)?
        Pilih Y dan tekan Enter
        Pasang semula (restart) komputer dan sistem akan pulih seperti
          sediakala.
Nota:

Sekiranya semua cara telah dicuba menemui kegagalan, yang terbaik, memasang semula sistem operasi Win95. Sebelum itu, buat salinan sandaran (backup) semua fail-fail data ke dalam satu storan lain.



Mencari kerosakan PC (Troubleshoot)


Komputer peribadi akan mengalami kerosakan, walaupun segala tindakan yang terbaik dilakukan. Komputer terdedah kepada berbagai-bagai rupa bentuk musuh seperti virus, perisian yang kurang mantap, perkakasan yang pembinaannya tidak sempurna dan pengguna yang kurang mahir yang bertindak terlalu-mengikut perasaan sehingga menyebakkan sistem.

Setiap kali pasangan perkakasan atau perisian pada sistem Windows, struktur registry akan mengalami perubahan. Sekiranya perkakasan atau perisian dari jenis yang kurang baik, versi beta dan tidak pernah dicuba, komputer boleh meragam. Tindakan seterusnya adalah dengan membuang program atau perkakasan itu dan pasang semula registry yang dibuat sebelum ini. Begitulah yang biasanya dilakukan dan membuat satu salinan registry satu tindakan yang bijak. Permasalahan pada registry nanti boleh dibaiki dengan cepat dan mudah.

Untuk mencari kerosakan secara lebih sistematik, dua carta direka bagi memudahkan tugas. Cara-cara mencari kerosakkan yang ditunjukkan hanya sebagai panduan sahaja, sekirangya ada cara yang ebih baik, sila gunakan. Yang penting, kerosakan dapat dibaiki dengan cepat dan dengan cara yang sistematik.