Thursday, January 13, 2011

TIPS KERETA TENGGELAM BANJIR

Tips kereta tenggelam banjir
Saya ada beberapa tip untuk semua tentang tindakan selepas kereta anda tenggelam banjir (Semua
yang saya kongsikan di bawah adalah berdasarkan pengalaman saya sebagai mekanik dan pengalamna
kawan-kawan say yang diberitahu kepada saya)

1. Selepas banjir surut, periksa kereta anda. Sekiranya keseluruhan kereta anda tenggelam termasuk
injin dan bahagian dlm kabin kereta, JANGAN CUBA HIDUPKAN INJIN KERETA. Tindakan ini biasanya
akan dilakukan oleh ejen-ejen bengkel atau kereta penunda. Sebabnya supaya tuan punya kereta
terpaksa membayar lebih tinggi untuk membaiki kereta kerana apabila anda cuba menghidupkan injin
kereta, aliran elektrik akan mengalir ke dalam semua sistem elektronik injin termasuk kotak komputer

(untuk kereta suntikan elektronik) dan sekiranya masih terdapat saki baki air di dalam alat berkenaan,
akan berlaku litar pintas yang mana alat tersebut terpaksa di ganti. Kos untuk sebuah kotak komputer
adalah lebih kurang RM1000 -- RM1500 bergantung kepada jenis kereta, cc dan pilihan pengguna.
Tindakan di atas juga akan menyebabkan kesemua sensor yang biasanya akan beroperasi semasa kita
menyalakan suis injin kita terbakar dan biasanya satu sensor harganya tidak berapa mahal tetapi kesan
daripada sensor yang tidak berfungsi boleh menyebabkan kos yang tinggi. Kita ambil contoh, sensor
untuk mengesan atau untuk mengarah minyak kotak gear mengalir dengan baik di dalam kotak gear
apabila tidak berfungsi akan menyebabkan pengagihan minyak kotak gear tidak sekata dan paling lama
kotak gear tersebut boleh berfungsi dengan baik adalah 2 hingga 3 bulan. Selepas itu, keseluruhan kotak
gear terpaksa diganti (harga untuk kotak gear baru wira 1.6 auto adalah lebih kurang RM7000). Ini
adalah salah satu sebab kenapa apabila kita membeli kereta baru, waranti kereta akan termansuh
apabila kita mengubahsuai sistem elektirk kereta termasuk sistem audio kereta kerana apabila sensor
tidak menerima jumlah elektrik yang cukup, ia tidak dapat berfungsi dengan baik dan peralatan yang
berkaitan dengannya akan rosak.

2. Apabila sampai ke bengkel, bogelkan kereta anda keseluruhannya termasuk kesemua penutup alat
elektronik.

3. Periksa palam pencucuh kereta anda. Pastikan ianya tidak berair. Kalau berair maksudnya air telah
masuk ke dalam injin. Periksa juga minyak injin. Pastikan minyak injin tidak bercampur air. Dan tidak
terkecuali periksa minyak petrol. Selepas semua peralatan elektronik telah dipastikan kering sepenuhnya
(biasanya 2 atau 3 hari). Boleh dihidupkan injin tetapi jangan cuba jalankan kereta kerana kotak gear
belum diperiksa.

4. Sekiranya injin boleh dihidupkan, murahlah belanja jika tidak mungkin akan mencecah ribu-ribu.
Periksa minyak kotak gear, biasanya ia berwarna merah dan kalau bercampur air, warnanya akan
bertukar menjadi warna air bandung (merah susu). Jika bercampur air, tukar minyak gear, jalankan
kereta untuk 2-5 minit dan periksa kembali minyak gear. Ulang tindakan ini sehingga minyak kotak gear
menjadi betul-betul merah jernih atau tidak bercampur air. Biasanya proses ini perlu diulang sehingga 7-
8 kali dan akan menggunakan lebih kurang 15-20 liter minyak kotak gear.
Sekiranya tiada kerosakkan yang melibatkan peralatan elektronik, kos cuma akan melibatkan upah,
minyak injin, minyak kotak gear dan beberapa peralatan yang sensitif kepada air seperti penapis udara
(original).

No comments:

Post a Comment