Monday, January 10, 2011

CARA MENYENGGARA KERETA ANDA

HAI... KALI INI DALAM TOPIK KERETA.


Saya akan menerangkan cara penjagaan kereta yang sungguh mudah.


 JADUAL PENYENGGARAN:


Mingguan   - Periksa aras bahan penyejuk
                      - Periksa aras cecair brek.
                      - Periksa aras elektrolit bateri
                      - Penuhi air pencuci cermin depan
                      - Periksa aras minyak enjin
                      - Periksa tekanan tayar



SETIAP 10,000KM

Tambahan    - Periksa titik pemutus sentuh
                       - Periksa pemasaan pencucuhan
                       - Ganti palam pencucuh
                       - Periksa pelarasan injap
                       - Tukar minyak
                       - Periksa sistem ekzos
                       - Periksa sistem pembrekan
                       - Periksa sistem stereng
                       - Periksa lampu,hon,penunjuk dan pengelap pencuci cermin
                       - Periksa aras minyak unit kebezaan


SETIAP 20,000KM

Tambahan   - Larasi galas roda depan
                      - Ganti elemen pembersih udara
                      - Tukar penapis bahan api




SISTEM ENJIN

Enjin merupakan sebuah mesin yang di gunakan untuk menukarkan tenaga haba kepada tenaga mekanikal dan seterusnya
menggerakan sesebuah kereta.

Enjin kereta dibahagikan kepada dua jenis iatu  enjin pembakaran dalaman dan enjin pencucuhan mampatan. Enjin pembakaran dalam menggunakan bahan api jenis petrol manakala enjin pencucuhan mampatan menggunakan bahan api jenis diesel.



Dalam sesebuah kereta, enjin selalunya mempunyai masalah-masalah yang kita tak tahu.Akan saya jelaskan...

ENJIN KEKURANGAN KUASA:

- Dinding silinder terlalu haus atau gelang omboh haus atau patah dalam silinder.
- kelajuan melahu di laras tanpa mengikut buku panduan servis.
  ( apabila melaras kelajuan enjin semasa melahu,sentiasalah  merujuk buku panduan servis.)

- Minyak pelincir melebihi aras maksimum.

 Minyak pelincir yang melebihi aras maksimum boleh menyebabkan aci engkol terlalu berat untuk berputar. Periksa aras minyak menggunakan batang celup dan kurangkan jika perlu.

- Palam pencucuh rosak.

Jika terdapat palam pencucuh rosak, enjin akan beroperasi menggunakan dua atau tiga silinder palam sahaja. Gantikan palam pencucuh tersebut.

ENJIN TIDAK DAPAT DI HIDUPKAN

- Adakah bateri terlalu lemah ?

 - Jika bateri telah lemah, gantikan dengan bateri yang telah di cas sepenuhnya. Voltan bateri untuk menghidupkan enjin hendaklah tidak kurang daripada 10 volt.

Fius terbakar?

Buka penutup kotak fius dan periksa fius yang digunakan untuk mengawal enjin. Rujuk maklumat di kotak fius yang bertanda engine .

Kerosakan pada sistem pencucuhan?

Cabut kabel voltan tinggi dari tengah pengagih dan letak pada jarak kira-kira 5mm daripada punca bumi (badan kereta).
cuba hidupkan enjin dan pastikan terdapat bunga api melompat di antara elektrod tengah dan punca bumi.
jika tidak terdapat percikan api,kerosakan di jangka berlaku pada gelung pencucuh.

Titik sentuh rosak ?

Buka tutup pengagih dan cuba hidupkan enjin. Perhatikan percikan api melompat di antara titik sentuh sejurus sahaja ia terbuka. Jika tiada percikan api menyala di antara titik sentuh, maka ini menunjukkan titik sentuh telah rosak dan perlu di ganti.

 Tangki bahan api kosong ?

Cabut hos keluaran bahan api daripada pam bahan api dan cuba hidupkan enjin. Semasa keadaan ini, bahan api di jangka terpancut daripada hos tersebut. Jika tidak terdapat bahan api keluar daripada hos keluaran,mungkin tiada bahan api ke dalam tangki.


        CIRI-CIRI ENJIN YANG BAIK

    1. Enjin mudah di hidupkan.
    2. Enjin mempunyai kuasa pecutan yang baik.
    3. Suhu enjin sentiasa stabil dan tidak mudah panas.
    4. Enjin beroperasi dengan senyap.
    5. Terdapat air yang keluar dari ekzos, ini menunjukkan nisbah larasan bahan api dengan angin adalah tepat.
    6. Enjin tidak bergegar semasa beroperasi.



        SISTEM PELINCIRAN


Sistem ini bertujuan untuk mengurangkan geseran dan kehausan pada sistem komponen yang bergerak di dalam enjin serta menghindarkan kepanasan yang mungkin terjadi akibat daripada pergeseran komponen-komponen tersebut.

Bahan pelicin tersebut termasuklah minyak enjin,minyak gear,minyak pembeza dan minyak gris.





Penggunaan minyak pelincir yang berlebihan :

PUNCA : dinding silinder dan gelang omboh telah rosak.


Lampu amaran minyak pelincir tidak padam setelah enjin dihidupkan :

PUNCA : suis tekanan minyak pelincir rosak.
                 Kabel suis tekanan minyak tersentuh badan kenderaan.


Tekanan minyak pelincir terlalu rendah :

PUNCA : minyak pelincir berkurangan dalam takungan minyak.
          

Tekanan minyak pelincir terlalu tinggi :

PUNCA : tolok minyak rosak.




SEMOGA APA YANG SAYA TULIS INI MAMPU MENYELESAIKAN MASALAH ANDA YANG MENGHADAPI MASALAH DENGAN KENDERAAN ANDA......!
DAN TIPS MENJAGA KERETA INI JUGA ADALAH SANGAT PENTING.

No comments:

Post a Comment