HELLO SEMUA
Hari ini saya akan memberitahu cara-cara tentang penjagaan komputer atau laptop yang sangat mudah.
sesiapa yang menggunakan komputer jenis laptop, pertama sekali anda kena bersihkan lcd laptop tersebut. kerana lcd itu sungguh sensitif bila terkena habuk. jadi, gunakan kapas untuk membersihkan nya. jangan gunakan sebarang cecair atau sabun kerana ianya akan merosakkan lcd tersebut.
seterusnya, bersihkan papan kekunci atau keyboard. Alat ini juga sangat sensitif. Gunakan berus sahaja untuk membersihkannya. Atau, anda juga boleh menggunakan vakum (bukan vakum lantai)... Boleh di dapati dari kedai aksesori komputer. jangan gunakan air atau kain lap basah untuk membersihkannya.
Jangan letak laptop di tempat yang berhabuk atau kotor. kerana ini akan menyebabkan komponen dalaman akan rosak keranya ia sensitif apabila terkena habuk atau kotoran.
jangan cas bateri laptop terlalu lama. Sebaiknya, apabila batery sudah penuh, tutup plag charger. Mengecas terlalu lama akan menyebabkan bateri laptop akan rosak atau haus. Dan ini akan merugikan duit kerana bateri laptop bukannya murah.
Komputer anda mestilah di lindungi oleh anti virus selalu. Contohnya, bila anda selalu layari internet. bermacam macam virus yang terdapat pada internet. Jadi, lindungilah komputer anda dengan anti virus.
CONTOH-CONTOH ANTI VIRUS :
1. KASPERSKY ANTI VIRUS
2. NORTON INTERNET SECURITY
3. AVG ANTI VIRUS
4. MICROSOFT SECURITY ESSENTIALS (Khas untuk windows yang original je )
Kalau ada anti virus je tak guna. seminggu sekali, scan hard disk tu. kalau-kalau ada virus yang pandai masuk.
sekarang ni, macam-macam virus ada. Berhati-hatilah sebelum kena. Kerana, kalau terkena, sudah terlambat. terpaksalah format komputer anda.
Jangan terlalu menggunakan laptop sehingga panas. sebaiknya, gunakan coolerfan jika anda menggunakan untuk masa yang lama atau bermain game.
Jangan terlalu gunakan mausepad atau keyboard komputer. Keluarkan modal sikit untuk membeli keyboard dan mouse tambahan. Kerana mausepad dan keyboard laptop mudah rosak jika di gunakan hari-hari...
Kalau nak download tu... kena tengok-tengok lah. Takut kalau ter download virus susah lagi... untuk orang yang suka download ni, pastikan anda memeriksa laman web terlebih dahulu ya... sebab kalau virus masuk pergi hard disk. habislah. terpaksalah format. Format sekitar Rm 50......
untuk model laptop yang ada webcam, perlu diingatkan supaya anda tidak menutup lcd komputer itu terlalu kuat. kerana ini akan menyebabkan webcam anda rosak atau tak terang.
Kepada anak-anak yang baru menggunakan laptop, janganlah gatal-gatal tangan pergi mengoyakkan sticker yang terdapat pada laptop tu. kerana ianya sangat penting. Contohnya: sticker tentang specification of computer.
Jangan makan di atas komputer atau minum... Kalau tertumpah minuman atau tertumpah makanan. Susah lagi...
Simpan semua document atau lagu-lagu anda dalam pendrive. kerana, jika anda simpan semuanya di dalam perisian komputer, komputer anda tidak begitu lancar untu proses kerana terlalu banyak document atau lagu yang di simpan di dalam.
Last sekali, kalau ada masalah dengan komputer anda, jangan cuba-cuba untuk memperbaikinya sendiri jika anda belum berpengalaman. hantar di kedai saja. Tak mahal pun...
Semoga anda dapat mempelajari semua teknik penjagaan komputer yang sungguh mudah ini....
Baca dan fahamilah kerana ianya sangat penting kalau anda nak komputer anda sentiasa bagus dan selamat.
TERIMA KASIH DAUN KELADI....
No comments:
Post a Comment