Tuesday, January 11, 2011

KERETA TERPAKAI

Mungkin anda sudahpun menemui kereta yang anda hajati dan membuat keputusan untuk membelinya.
Tetapi jangan terburu-buru untuk membuat keputusan. Anda perlu memeriksa kereta itu dengan teliti
terlebih dahulu.Mula-mula perhatikan sebarang kecacatan atau kesan remuk yang mungkin
menunjukkan kereta itu pernah terlibat dalam kemalangan jalanraya pada masa-masa lalu. Pastikan
samada kereta itu telah dicat semula atau tidak. Untuk mengetahuinya perhatikan dibawah salut getah
disekeliling pintu. Cat baru mungkin menyebabkan sebarang kecacatan kereta itu tidak dapat dilihat.
Periksa Odometer untuk melihat hitungan batunya. Pastikan ia tidak rosak atau tidak ditukarkan dengan
yang baru. Periksa pintu, penutup depan dan belakang
samada dapat dibuka dan ditutup dengan baik
tanpa sebarang bunyi yang tidak menyenangkan. Lihat sepanjang sisi kereta dari jarak 30 kaki untuk
memastikan tayar depan dan tayar belakang selari.Lihat kebawah kereta untuk menentukan samada
terdapat sebarang kebocoran cecair. Bagi kereta yang baik tidak ada sebarang kebocoran pada
sebarang masa kecuali akibat pemelowapan penyaman udara yang digunakan ketika hari panas.
Angkat penutup depan (atau belakang) untuk melihat enjinnya. Enjin kereta itu sepatutnya bersih, tetapi
tidak semestinya sampai berkilat. Keluarkan dipstick dan pastikan minyak juga berkeadaan bersih dan
tipis. Bateri juga mesti berkeadaan sempurna dan bersih. Jika tidak anda boleh meminta ejennya
menukar kepada yang baru. Kemudian duduk ditempat duduk kereta itu dan cuba rasakan
keselesaannya. Kereta yang anda pilih mestilah sesuai dan selesa untuk anda. Steringnya mestilah
hanya dapat digerakkan dalam jarak 2 inci pada keadaan biasa dan tidak ada sebarang bunyi apabila
memusingnya.




Periksa penyelaras tempat duduk, kunci pintu, penaik cermin tingkap, hon, lampu, lampu isyarat, radio dan semua kelengkapan yang ada. Setengah-setengahnya mungkin tidak penting bagi anda tetapi ia mungkin dapat menunjukkan kepada anda bagaimana kereta itu dijaga.
Hidupkan enjin. Ia sepatutnya hidup dengan cepat dan kemudian beransur-ansur perlahan. Biarkan
selama satu atau dua saat sebelum anda menekan pedal minyak. Lihat asap yang keluar dibelakang.
Asap biru bermakna enjin dioverhaul sepenuhnya. Manakala asap hitam bermakna karburatornya tidak
sesuai. Asap putih tidak menandakan kecacatan apa-apa jika enjin dalam keadaan sejuk, tetapi jika enjin
telah panas ini bermakna kepala gasket bocor. Ini memerlukan perbelanjaan yang besar. Oleh itu jangan
beli kereta itu. Enjin yang kuat bergegar juga menunjukkan kereta itu tidak begitu baik untuk dibeli.
Setelah enjin dipanaskan, matikan sekejap dan
cuba anda sapu jari anda kedalam ekzos (pastikan
ekzos itu tidak panas). Keladaknya sepatutnya berwarna kelabu keputih-putihan. Jika ia berwarna hitam
atau berminyak, ketepikan saja kereta itu. Ini mungkin disebabkan oleh minyak terbakar.Hidupkan enjin
semula dan periksa minyak didalam transmission automatik. Ia mestilah bersih tanpa ada bau terbakar
 UJI PANDU KENDERAAN TERSEBUT :
 Jurujual mungkin cuba menyakinkan anda bahawa membuat uji pandu dalam jarak yang dekat seperti
disekitar sebuah bangunan sudah memadai. Ini tidak benar. Nyatakan kepadanya anda mahu membuat
ujian jalanraya terhadap kereta itu. Jika jurujual itu tidak begitu berminat. Cari saja kereta ditempat lain.
Jalan yang anda rancang untuk dilalui mestilah termasuk jalan kering, jalan yang lengang, jalan berbukit,
jalan lekak-lekok dan ruang letak kereta yang kosong. Semua meter pengukur mestilah berfungsi dengan
baik terutama meter tekanan minyak dan suhu enjin. Jika tidak jangan beli kereta itu. Pandulah
kejalanraya yang lengang dan tingkatkan kelajuan hinga 35 bsj, tranmission automatinya mestilah
bertukar tanpa sebarang bunyi atau tersentak-sentak. Jika kereta itu mempunyai sistem penukaran
tangan, ia sepatutnya tidak melekat-lekat atau berkertak. Perlahankan kereta itu hingga 7bsj dengan
mengenakan brek secara perlahan-lahan. Pastikan tidak ada sebarang bunyi. Kereta itu juga mestilah
menjadi perlahan dalam keadaan lurus, tanpa terpusing kekanan atau kekiri.Tingkatkan kelajuan hingga
15 bsj dan kemudian tekan brek secara mengejut (pastikan tiada kereta lain dibelakang anda). Kereta itu
mestilah berhenti dengan cepat tanpa terpusing. Didalam ruang letak kereta yang kosong dan rata, tekan
brek hingga kereta itu betul-betul berhenti. Tukar kepada gear undur dan undur pada kelajuan 4bsj.
Kemudian tekan brek hingga berhenti, tukar kepada gear depan dan seterusnya. Lakukan ini sebanyak 4
atau 5 kali untuk menguji transmission. Semua penukaran mestilah lancar tanpa ada sebarang bunyi.
Pandu dalam corak nombor 8 untuk menguji tindak balas stering. Jika stering agak liat, ia mungkin
berpunca daripada linkage atau sistem gantungan depan. Jangan beli kereta itu kecuali anda diberi
jaminan bahawa masalah itu akan dibaiki.Masih didalam ruang letak kereta yang kosong. Tingkatkan
kelajuan hingga kira-kira 20bsj dan lepaskan tangan dari stering selama beberapa saat. Kereta itu
mestilah bergerak lurus dan tidak terbabas. Kemudian tekan brek perlahan-lahan tanpa memegang
stering. Kereta itu juga mesti berhenti dalam keadaan lurus. Jika ia terpusing, nyatalah kereta ini
mempunyai masalah. Pastikan anda diberi jaminan bahawa masalah ini akan dibaiki


Suruh jurujual memandu
kereta tersebut melintasi ruang-ruang itu dan kemudian berpatah balik kearah anda. Perhatikan ebarang
keganjilan yang kelihatan pada kereta itu, samada bunyinya atau kawalannya.Akhirnya baik juga jika
anda membawa kereta itu kepada seorang mekanik. Bawalah kereta itu estesyen servis. Mekanik itu
mungkin dapat meneliti beberapa kerosakan yang anda sendiri tidak nampak serta memastikan samada
kerosakan yang anda kesan itu benar-benar serius atau tidak. Mereka juga boleh membuat ujian tekanan
terhadap enjin untuk memeriksa ring atau injap. Sebelum anda membuat pilihan periksa dulu geran
kereta itu atau dokumen-dokumen lain. Nombor enjin dan lain-lain mestilah betul. Jangan sampai anda
terbeli kereta curi.

No comments:

Post a Comment