Tuesday, January 11, 2011

TAYAR

BERTEMU KEMBALI DALAM KERETA KU......



 Tips menjaga keselamatan tayar
SELAIN enjin dan brek, tayar adalah antara komponen terpenting dalam sesebuah kenderaan.
Kedegilan dan kecuaian menjaga dan menukar tayar yang tidak berbunga boleh mengundang masalah
di jalan raya.

Tayar memainkan peranan penting ketika membrek dan mesti tahan lasak untuk menangani tekanan itu
serta permukaan jalan yang ada kalanya tidak rata. Tayar juga mesti memberi keselesaan ketika
mengambil selekoh dan kawalan stereng dalam apa juga keadaan. Lazimnya, pengeluar tayar utama di
negara ini sentiasa menyediakan tips keselamatan tayar kepada pemandu.
Berikut adalah antara beberapa panduan berguna:

· Segera tukar tayar jika bunganya sudah haus. Tayar begini mudah tergelincir, terjejas akibat kesan
membrek dan kurang sensitif dari segi cengkaman. Dalam keadaan jalan basah, kenderaan mungkin
terbabas dan menyukarkan kawalan pemandu.

·

·

·

·

·

·

·

·
Jangan pasang tayar yang sudah digunakan sesuka hati melainkan anda tahu sejarahnya. Ia
bermakna, anda bertuah sekiranya kakak anda menghadiahkan satu set tayar kerana beliau ingin
membeli tayar baru.

Jangan biarkan tayar lebih muatan. Carta berat dan tekanan angin biasanya terpapar di tempat
mengisi angin di mana-mana stesen minyak. Tayar hanya mampu menampung muatan maksimum jika
ia memiliki tekanan angin maksimum.
Sentiasa pastikan skru tayar dipasang dengan betul dan tidak terlalu ketat. Mustahil dapat membuka
skru tayar dengan pembuka tayar biasa sekiranya ia terlalu diketatkan dengan mesin pembuka tayar
udara.
Jangan gabungkan tayar dengan jejari dan tayar tanpa jejari. Pada kelajuan tinggi, keadaan itu
menyebabkan gangguan kestabilan kenderaan yang mengakibatkan hilang kawalan serta kecederaan
serius.
Pastikan tayar gantian sentiasa dalam keadaan baik dan boleh digunakan serta memiliki tekanan angin
mencukupi.
Segera baiki tayar tidak normal. Biasakan memeriksa tekanan, penjajaran dan pusingan tayar. Elakkan
tabiat buruk ketika memandu seperti memandu terlalu laju, membrek secara mengejut dan mengambil
selekoh secara berbahaya.
Jangan memandu dalam keadaan tayar rosak. Tukar atau perbaikinya secepat mungkin.
Pemilihan tayar memang penting untuk keselamatan, keselesaan, kawalan dan ekonomi.
Membrek dengan mengejut boleh menyebabkan tayar tergelincir. Periksa tekanan tayar sekurang-
kurangnya dua kali sebulan, ketika tayar dalam keadaan sejuk. Pengeluar juga menekankan keutamaan
mengekalkan tekanan tayar.

No comments:

Post a Comment